Sabtu, 3 Januari 2009

Bekerja untuk Islam kerana Allah


Alhamdulillah, allahumma solli wa sallim ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Pertama dan selamanya UA memanjatkan kesyukuran kepada-Nya atas segala nikmat, kurniaan, anugerah, rezeki dan pemberian-Nya kepada UA. Allah SWT Tuhan yang maha Esa dan Kuasa. Selawat serta salam keatas Nabi junjungan Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda yang mulia. kesejahteraan kepada seluruh pejuang Islam yang telah menggabung dan mewakafkan diri mereka dalam perjuangan mendaulatkan Islam di muka bumi ini.

Penyataan bekerja untuk Islam kerana Allah, adalah ayat yang berbentuk Tarbiah. Mendidik kita untuk sentiasa sedar yang kita umat yang dimuliakan dengan Islam dan mendidik kita bahawa hakikat hidup kita adalah kerana Allah s.w.t semata-mata. Ia juga mengajak lintasan hati, minda dan gerak kerja jasad kita semuanya untuk Allah swt semata-mata. Sebelum ini UA ada menyebut, "Jangan bercerita tentang perjuangan sekiranya tidak sanggup berkorban". Ayat ini juga umum, kita selalu mendengar 'perjuangan', perjuangan ni apa makhluk ???

Pada UA, perjuangan di sini bermaksud mujahadah (kerja sungguh-sungguh) kita dalam mengaplikasikan Akidah, Syariah dan Akhlak Islamiyah dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia kita. Sehubungan itu, dalam hal ini tidak boleh tidak ia bermula dengan diri kita sendiri. Kesedaran untuk berubah dan bertindak perlu ada dalam diri sebagai titik tolak untuk kita terus ke hadapan agar bersama memahami, mengikuti, menghayati dan menjiwai perjuangan tersebut. Kerana apa ? kerana sudah tentu orang yang berjuang dengan tidak berjuang berbeza bukan ?

Perjuangan yang dilakukan tanpa ada mehnah dan tribulasinya bukanlah perjuangan namanya. Ketahuilah perjuangan ini memerlukan pengorbanan kita masing-masing, pengorbanan yang bagaimana ? suka UA menghuraikan hal ini dalam konteks sebagai mahasiswa. UA dan adik-adik yang bergelar mahasiswa ketika ini dan yang terlibat dalam perjuangan, perlu mengorbankan masa, harta dan jiwa kita. Kita perlu bertukar dari biasa kepada luar biasa, bukan untuk orang lin tetapi untuk diri sendiri. Daripada tidak bijak mengurus masa kepada menghargai dan menguruskan masa, tidak yakin kepada berkeyakinan, mahir dalam berkomunikasi, tenang dan yakin mendepani cabaran hidup dan kepada sentiasa merasakan Allah setiap saat mengiringi kehidupan kita. Indahnya hidup bersama Ilahi.

Bercerita tentang tahap kekuatan perjuangan dalam pengaplikasian Akidah, Syariah dan Akhlak Islamiyah itu tadi dalam diri, keluarga, masyarakat dan bangsa kita. Ia banyak bergantung kepada usaha dan penilaian masing-masing. Bagi mereka yang Istiqamah, sudah tentu mereka lebih matang dan kenal tentang perjuangan berbanding dengan mereka yang On Off dan yang tidak terlibat langsung bukan ?

Persoalan yang timbul lagi ialah adakah gerak kerja perjuangan ini boleh dilakukan secara individu ? pada UA tidak kerana ia mustahil untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Oleh itu, perlulah UA dan adik-adik sekalian mencari dan melibatkan diri dengan satu kumpulan masyarakat, kelompok, organisasi, persatuan atau jemaah yang berjuang ke arah itu. Sebagai contoh, di bumi KUIS kelompok masyarakat atau persatuan manakah yang kita rasa sesuai untuk kerja-kerja perjuangan ini, yang mana mereka mengajak kita bekerja untuk Islam kerana Allah, bukan kerana balasan material yang bersifat sementara, puji-pujian manusia, kemewahan, harta dan penghormatan makhluk. Kelompok masyarakat yang mempunyai sistem yang tersusun dan mengikut sunnah Rasulullah. Insyaallah jika kita mampu menggabungkan diri kita dalam sebuah jemaah (kelompok masyarakat) itu tadi, kita akan menerima banyak hikmah dan kelebihan antaranya, kita semakin matang dalam kehidupan, jatuh bangun kita ada sahabat yang mendorong kita, kita bekerja bukan atas dasar semangat semata-mata tetapi atas dasar ilmu, sistem yang tersusun (manhaj) dan tarbiah Islamiyah, dan kelebihan yang terakhir ialah semakin kita bekerja dan belajar, maka kita akan merasakan diri kita semakin perlukan Tuhan dalam kehidupan, semakin kecil, jahil, banyak kekurangan dan sentiasa menginginkan Kasih Sayang Ilahi yang ABADI, bukan lagi kasih sayang makhluk yang SEMENTARA.

Hakikat diri UA dan adik-adik semua, masih banyak kekurangan diri kita dari segi ilmu, tarbiah, akhlak, dan beberapa kemahiran yang lain. Wajarkah kita sibuk bekerja sehingga kita semakin jauh dari Allah s.w.t ? Jika kita merasakan kitalah bijak, masih ada yang lebih bijak daripada kita. Jika kita merasakan kitalah yang berkuasa, masih ada yang lebih berkuasa daripada kita dan jika kita merasakan setiap detik lintasan hati, minda dan tindakan kita tiada yang tahu, kita silap. ALLAH SWT maha berkuasa setiap sesuatu, KUN FAYAKUN.

UA dan adik-adik sekalian boleh mati, gila, cacat, koma, pitam, hilang ingatan dan sebagainya bila-bila masa sahaja. Oleh itu, pastikan cara berfikir dan tindakan kita semuanya untuk Islam kerana inginkan keredhaan Allah s.w.t bukan selain dari itu. Akhirnya, kita dimuliakan dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dan penyelesaian salain Islam (wahyu), jika ini yang berlaku tunggulah azab dan seksaan daripada Allah s.w.t kepada kita.

Buka minda, kenali siapa diri kita yang sebenar ?????????

Tiada ulasan:

Bacalah Doa ini untuk Saudara kita di Palestin & Dunia

Pengalaman Kepimpinan



2002-2005

Madrasah Al-Irsyadiah, Pondok Marakau Ranau Sabah (MAIM)

Ketua Pelajar
Ketua Asrama
Ketua Ibadah

2005
Markaz At-Ta'lim wat Tarbiah, Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah

Lajnah Mutholaah

2006-2011
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pengerusi Lajnah Dakwah Jabatan Dakwah
Pengerusi Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Arab
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB)
Presiden Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar (ALAM)
Setiausaha Agung Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar
Ketua Biro Pembangunan Insah Taa'ruf
Ketua Biro Disiplin Taa'ruf
Naqib Usrah Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Exco Akademik PERMIB
Exco Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian peradaban Islam (PMFPPI)



Sahabat Blog