Selasa, 13 Januari 2009

Himpunan Warga KUIS menentang Kezaliman Zionis


Alhamdulillah, allahumma solli ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'in.

Kekejaman rejim Zionis laknatullah terhadap keluarga kita di wilayah Gaza, Palestin semakin bebal, kejam, zalim dan 'Babi'. Akhbar Berita Harian, hari ini sahaja melaporkan seramai 905 orang saudara kita telah Syahid manakala 3 950 orang saudara kita cedera ketika ini. Berikut adalah antara laporan dalam berita tersebut ;

Serangan 17 hari askar Israel ranapkan wilayah Gaza

BANDAR RAYA GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terkorban dalam perang dilancar Israel ke atas Gaza sejak 17 hari lalu melepasi angka 900 semalam, ketika negara Yahudi itu mengerah askar simpanannya untuk dihantar ke wilayah Palestin berkenaan.

Ketua perkhidmatan penyelamat di Gaza, Muawiya Hassanein, berkata setakat semalam, 905 rakyat Palestin terkorban dan 3,950 cedera.

"Sekurang-kurangnya 277 kanak-kanak adalah antara yang terkorban," katanya.


UA melihat seluruh dunia mengutuk pencerobohan, serangan dan kekejaman rejim zionis laknatullah ini. Alhamdulillah, semalam telah diadakan sidang Parlimen Malaysia usul menentang kekejaman Israel terhadapa Gaza, satu perkembangan yang baik. UA berdoa semoga usul dan perbahasan sidang Parlimen semalam bukan retorik semata-mata tetapi ia satu usul yang disusuli dengan tindakan yang sewajarnya.

Dalam konteks Institusi Pengajian Tinggi pula, KPT telah mengizinkan IPT seluruh mengadakan program-program berbentuk menentang kekejaman rejim Zionis ini seperti Demonstrasi, Ceramah, Rapat Umum dan sebagainya. Pada 09 Januari yang lepas, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah menganjurkan Himpunan Raksasa Mahasiswa Malaysia menentang Kezaliman Zionis terhadap GAZA. Keterlibatan golongan Mahasiswa dalam perhimpunan tersebut mencecah 5 000 orang. Selain itu, beberapa IPT juga telah mengadakan program seumpama itu seperti di UIAM, UITM, UKM, UM dan sebagainya.

KINI !!!!! di bumi KUIS. Al-Azhar Members dengan kerjasama Masjid Al-Azhar akan mengadakan Himpunan Warga KUIS Menentang Kezaliman Rejim Zionis terhadap Gaza di Palestin. Himpunan tersebut Insyaallah akan diadakan pada 16hb Januari ini (Jumaat) bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.45 tengahari. Antara Objektif utama Himpunan ini adalah untuk mempertingkatkan kesedaran warga KUIS terhadap peripentingnya kita mempertahankan bumi al-Aqsa dan rasa 'Kebersamaan' kita dengan keluarga kita di Palestin.

Semalam sahaja UA bertemu Penasihat ALAM selaku Nazir Masjid Al-Azhar, Ustaz Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah. Beliau menyokong sepenuhnya himpunan tersebut. Insyaallah UA bersama adik-adik seperjuangan di ALAM akan berusaha sedaya upaya memastikan himpunan ini berjalan seperti yang dirancang, baik dan aman.


Kepada seluruh warga KUIS bermula dari pihak atasan sehinggalah bawahan. JOM ! kita berhimpun bersama menentang kezaliman rejim Zionis terhadap Saudara kita di Palestin.

Hancur...hancur..... Rejim Zionis Laknatullah a'laihim. al-Fatihah buat para Syuhada.

Tiada ulasan:

Bacalah Doa ini untuk Saudara kita di Palestin & Dunia

Pengalaman Kepimpinan



2002-2005

Madrasah Al-Irsyadiah, Pondok Marakau Ranau Sabah (MAIM)

Ketua Pelajar
Ketua Asrama
Ketua Ibadah

2005
Markaz At-Ta'lim wat Tarbiah, Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah

Lajnah Mutholaah

2006-2011
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pengerusi Lajnah Dakwah Jabatan Dakwah
Pengerusi Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Arab
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB)
Presiden Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar (ALAM)
Setiausaha Agung Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar
Ketua Biro Pembangunan Insah Taa'ruf
Ketua Biro Disiplin Taa'ruf
Naqib Usrah Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Exco Akademik PERMIB
Exco Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian peradaban Islam (PMFPPI)



Sahabat Blog