Isnin, 2 Mac 2009

Tak perlu tambah Universiti : KUIS bagaimana ?


Alhamdulillah, allahumma solli ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Bertemu lagi, tulisan UA kali ini hanyalah nak kongsi maklumat terkini. Semalam akhbar kerajaan 'Berita Harian' melaporkan bahawa kerajan Malaysia tidak akan menambah jumlah Universiti di negara ini. Bermaksud, KUIS untuk jadi U bagaimana ? sekadar nak kita berfikir. Hikmahnya, masing-masing boleh fikir deh. Berikut adalah antara petikan dalam laporan akhbar tersebut ;

Kerajaan tumpu mantap pembangunan prasarana, modal intelektual.

KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan menambah bilangan universiti awam serta swasta kerana jumlah yang ada sudah mencukupi. Sebaliknya kata Timbalan Perdana Menteri, kerajaan akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memantapkan pembangunan prasarana dan modal intelektual. Beliau berkata, pada ketika ini ada 20 universiti awam dan 21 universiti swasta di seluruh negara.

"Bilangan universiti sekarang ini sudah cukup dan tidak ada keperluan lagi (untuk bina universiti baru). Setiap negeri sudah ada universiti termasuk negeri yang diperintah pembangkang. "Sekarang masa beri tumpuan supaya universiti yang ada ini menjadi pusat kecemerlangan akademik dan melahirkan pelajar yang hebat dalam akademik serta benar-benar terdidik dan mempunyai nilai tambah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini, semalam.


Mudah-mudahan berita ni tidak membantutkan proses KUIS nak ke 'U' kan. Apapun Doa senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita doa deh... Aamin Ya Rabbal A'lamin.

5 ulasan:

Arrazzi Alhafiz Alattas berkata...

Kenyataan terkini YAB TPM sepertinya meresahkan beberapa pihak termasuklah KUIS.

Namun saya mengira apa yang perlu menjadi fokus kita ialah menambahnilai dan kualiti KUIS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam bertaraf duni sesuai dengn motonya, Pemangkin Tradisi Ilmu.

Tanpa menafikan kepentingan status universiti penuh, saya kira kita mesti membina KUIS melalui keunikannya yang tersendiri apalagi meletakkan Quran dan Sunnah sebagai nadi kehidupan.

Admin berkata...

buat akh umar azihal..

tentang kenyataan YAB TPM baru2 ini tentang tidak perlu tambah universiti bkn merujuk kpd semua IPT..

Tetapi menteri tersebut bermaksud tiada penambahan Universiti IPTA sahaja.

jadi wlupun KUIS x lama lg akan naik taraf U..
wat masa ini dia tetap status Swasta..

itu yg bezanya..

satu lagi kenapa orang kata Yuran KUIS mahal..

kalau saya kata Yuran IPTA lagi mahal mcm mana??

mereka jadi murah sbb dapat subsidi kerajaan lebih 50% peratus..

perkara ini pernah dibincangkan..
Kita melihat status bayaran untuk satu cos(tanpa subsidi kerajaan) amat mahal berbanding KUIS..

-Salam Penulis-
putera-2008.blogspot.com

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA berkata...

Macammana nak naik taraf universiti..pelajar suka berdemo...nama kuis susah tidak mekar mcm dahulu....

http://mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/

Unknown berkata...

Kami bukan berdemo saja2..kualiti n layanan yang diberikan kuis terok..kami dah bayar..tpi x seindah yg diberitahu..kami cuma nak hak kamii..xkn 2 pon diorg nk tindas

Unknown berkata...

Kami bukan berdemo saja2..kualiti n layanan yang diberikan kuis terok..kami dah bayar..tpi x seindah yg diberitahu..kami cuma nak hak kamii..xkn 2 pon diorg nk tindas

Bacalah Doa ini untuk Saudara kita di Palestin & Dunia

Pengalaman Kepimpinan



2002-2005

Madrasah Al-Irsyadiah, Pondok Marakau Ranau Sabah (MAIM)

Ketua Pelajar
Ketua Asrama
Ketua Ibadah

2005
Markaz At-Ta'lim wat Tarbiah, Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah

Lajnah Mutholaah

2006-2011
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pengerusi Lajnah Dakwah Jabatan Dakwah
Pengerusi Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Arab
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB)
Presiden Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar (ALAM)
Setiausaha Agung Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar
Ketua Biro Pembangunan Insah Taa'ruf
Ketua Biro Disiplin Taa'ruf
Naqib Usrah Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Exco Akademik PERMIB
Exco Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian peradaban Islam (PMFPPI)



Sahabat Blog