Isnin, 15 Jun 2009

Pro dan Kontra Al-Azhar Members (ALAM)

Tambah Gambar
Alhamdulillah, segala jenis puji hanyalah untuk Tuhan yang Maha Esa dan Kuasa, sudah tentulah kepada Allah s.w.t. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat Baginda.

Hari ini hari Isnin, 15/06/2009 bertempat di Auditorium Pentadbiran pada pukul 9.00 malam akan diadakan Malam Ukhuwwah perdana ALAM, yang membawa tema "Semarakkan Ukhuwwah, Gerakkan Dakwah". Antara objektif utama program ini ialah menghimpunkan seluruh pimpinan Mahasiswa KUIS dan warga KUIS untuk bersama-sama menyemai dan menanam kesatuan fikrah untuk melakukan anjakan paradigma dalam cara berfikir dan keberanian bersuara dan seterusnya mewujudkan kesatuan amal dalam gerka kerja memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa KUIS. Selain itu adalah untuk membangkitkan kesedaran MahaisiswaMahasewel. Tajdid yang cantik dan baik, yang mana pihak penganjur program telah mengedarkan surat jemputan kepada seluruh persatuan mahasiswa KUIS termasuklah MPM sendiri. Harapan UA agar mereka semua menerima jemputan tersebut dan dapat menghadirkan diri.

ALAM melangkah setapak lagi dengan penganjuran program tersebut. ALAM selaku peneraju Dakwah kampus sudah tentu berhadapan dengan pelbagai bentuk karenah sama ada dari pimpinan mahasiswa, warga KUIS mahupun pengurusan KUIS. Begitu juga dengan penerimaan warga KUIS terhadapa ALAM. Ada yang berpandangan ALAM adalah persatuan yang ekstrem, persatuan yang poyo, persatuan yang menekankan politik, persatuan yang asobiyah dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga wujudnya pandangan yang sebaliknya. Apapun warga KUIS berhak untuk menilai tentang ALAM. Cuma UA memohon lakukan kajian terlebih dahulu, sebelum menghukum kerana kita adalah Mahasiswa. Mahasiswa sering dikaitkan dengan penyelidikan sebelum membuat sesuatu keputusan. Janganlah kita mudah mneghukum tanpa ada kajian terlebih dahulu sebaliknya mendengar dari mulut si fulan @ si fulanah lalu menjadi Pak Sanggup bahkan menjadi Pak Turut untuk turut menghukum dengan ikut sedap mulut sahaja.

Sebaik-baik perkara adalah bersederhana, ALAM mengaplikasi pendekatan dan hal ini dalam gerak kerjanya. Islam (syariah Islamiah) menjadi dasar utama perlembagaan ALAM, ALAM mengajak kepada Masjid bukan Disko apatah lagi Kompleks membeli belah. Setiap program ALAM dengan kerjasama padu masjid Al-Azhar semuanya diJAMIN halal dan baik, mana tidak program Halaqah Mathurat, Usrah 2 kali seminggu, Iftar Jamaie' 2 kali seminggu juga, Karnival Jom Ke Masjid, gotong royong Masjid, Jejak Ashabul Khafi dan banyak lagi. Pendek kata ALAM mengajak warga KUIS kepada RUMAH ALLAH S.W.T.

Seperkara lagi, yang sedihnya apabila ada mahasiswa KUIS khasnya dan Malaysia amnya, yang menolak politik daripada kehidupan. Politik kotor adalah propaganda musuh Islam yang bertujuan agar umat Islam memisahkan politik daripada kehidupan, agar umat Islam membenci politik dan mengenepikan politik daripada kehidupan. Nabi kita berpolitik, dan dalam konteks Mahasiswa kita perlu mahir dan tahu serta faham "POLITIK KAMPUS". Ingat, bahawa kita berprogram, mesyuarat, bermuamalah dan sebagainya semuanya itu adalah diantara politik. Ini adalah pandangan UA berhubung hal yang sepatutnya kita dah fahami dan tidak perlu dipersoalkan lagi. ISLAM bersifat Syumuliah (lengkap).

Sebagai Mahasiswa kita berhak membicarakan tentang Ekonomi, Sosial, Perundangan, Hiburan, Budaya dan begitu jugalah politik. Gerak kerja ALAM meliputi kesemua perkara yang tersebut diatas, iaitu ia merangkumi segenap aspek kehidupan. Lumrah dalam meneruskan kerja Nabi, akan didepani oleh mehnah dan tribulasi yang terkadang semuanya itu adalah untuk menguji kekuatan iman, kekentalan jiwa dan kesabaran hati. ALAM menjadikan 'Bekerja Untuk Islam Kerana Allah' sebagai prinsip dalam bergerak kerja. Habuan, pujian, ganjaran berbentuk material, wang ringgit bukanlah Hadaf (Tujuan) apatah lagi populariti. ALAM sedar tugas Dakwah ini tidak disambut dengan paluan kompang, permaidani merah apatah lagi emas dan pangkat kebesaran.


Visi ALAM adalah menjadikan Masjid Al-Azhar sebagai pusat aktiviti seluruh mahasiswa KUIS, dengan erti kata Masjid yang BESAR ditengah-tengah KUIS ini mampu menjadi HATI KUIS yang hidup, bukan mati. Menjadi tempat yang diminati, disukai dan sering dikunjungi oleh warga KUIS. Teringat isi ceramah Ustaz Syarul Azman baru-baru ini. Di bumi KUIS terdapat banyak peluang kejayaan dan juga kegagalan, terpulang untuk kita memilihnya.

Tugas dan tanggungjawab untuk memastikan Masjid Al-Azhar sebagai HATI KUIS yang Hidup adalah tanggungjawab semua pihak bukan sahaja AJK Masjid dan ALAM malahan semua pihak bermula daripada pihak pengurusan, Majlis Perwakilan Mahasiswa. Persatuan Mahasiswa Fakulti, Anak Negeri, Kelab dan lajnah serta warga KUIS secara keseluruhannya. Berapa peratus jumlah Mahasiswa KUIS yang menetap di Qoryah atau B.O.T solat berjemaah Masjid. Adakah fenomena ini ingin kita biarkan berterusan ???

Sehubungan itu, ALAM dengan kerjasama Masjid Al-Azhar sentiasa berganding bahu mencari jalan penyelesaian kepada situasi tersebut dan yang seumpama dengannya. Sekali lagi, adakah ini tanggungjawab ALAM dan Masjid sahaja ??? Pihak yang brwajib perlu lebih agresif, berani dan tegas dalam hal ini demi melihat KUIS membangun seiring dengan pembangunannya yang pesat. Pemangkin Tradisi Ilmu juga menjadi motto keramat KUIS.

Salam Kasih Sayang dan Salam Perjuangan.

Tiada ulasan:

Bacalah Doa ini untuk Saudara kita di Palestin & Dunia

Pengalaman Kepimpinan



2002-2005

Madrasah Al-Irsyadiah, Pondok Marakau Ranau Sabah (MAIM)

Ketua Pelajar
Ketua Asrama
Ketua Ibadah

2005
Markaz At-Ta'lim wat Tarbiah, Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah

Lajnah Mutholaah

2006-2011
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pengerusi Lajnah Dakwah Jabatan Dakwah
Pengerusi Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Arab
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB)
Presiden Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar (ALAM)
Setiausaha Agung Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar
Ketua Biro Pembangunan Insah Taa'ruf
Ketua Biro Disiplin Taa'ruf
Naqib Usrah Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Exco Akademik PERMIB
Exco Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian peradaban Islam (PMFPPI)



Sahabat Blog