Selasa, 23 Jun 2009

Orang Sabah BermuhaSabah Diri

Alhamdulillah, Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Ashabihi Ajmai'n.

Jam ketika ini menunjukkan dah pukul 1.19 Subuh. Usia UA bertambah sehari lagi. Pada awalnya tadi nak tidur, tapi rasa perlu mencatat sesuatu di ruangan ini. So, niat yang suci tu perlu dilakukan gak. Akhir-akhir ni, terdengar pelbagai reaksi tentang kemasukan UA semula ke Bumi KUIS. Reaksi yang bagaimana ? tidak perlu UA sebutkan di sini, cuma UA ingin menyatakan beberapa perkara berkaitan hal ini.

Sebagai insan biasa, seperti antum jua. UA hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Terngiang-ngiang suara beberapa orang Ustaz KUIS ketika UA bertemu mereka sebelum ini, ada yang berkata. "Yang penting anta sambung belajar". "Teruskan belajar walau di mana jua" dan "Walau di mana anta sambung belajar, yang penting anta bijak merebut segala peluang yang terbentang luas". Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), lembah ilmu yang UA amat cintai dan telah banyak mematangkan diri UA khasnya dalam hal kepimpinan dan lembah ilmu inilah UA bertemu dengan insan yang UA amat kasihi dan sayangi kerana-NYA. KUIS, sekali lagi dirimu menjadi pilihan UA. Siapa sangka semua ini berlaku ? Kun Fayakun (kehendak Tuhan), teringat semasa UA berada di akhir semester 6 yang lepas, yang mana UA tidak terniat pun nak sambung KUIS. Sebaliknya UA sibuk, dan menyibukkan diri dengan mencari kerja, waktu tu fikir nak kerja dulu. Macam-macam jawatan yang dah dipohon, UITM Shah Alam, Putrajaya, Majlis Sukan Negara, Bandar Baru Bangi dan sebagainya, semua dah di cuba. Jawapan yang diterima ? Semua tak bagi respon. Di saat itu, jiwa dah mula berkata, hikmahnya UA kena sambung belajar gak ni. Tapi kat mana ?????, luar @ dalam ? nak sambung IPTA berbekalkan CGPA 3.64. takde masalah. La ba'sa, Akhirnya, dengan izin-Nya Dhomair UA berkata, ya Umar Azihal Bangsawan anta fi K.U.I.S. "Fa Iza Azamta Fatawakkal Alallah".

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua menjadi program pliihan, timbul persoalan apasal sebelum ni Dakwah tiba-tiba bertukar program. La ba'sa, Dakwah setiap saat, adapun bahasa Arab, UA nak fokus pula kepada Bahasa Al-Quran ni. Mudah-mudahan suatu hari nanti ia memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Pada tarikh 08 Jun 2009 yang lepas, UA rasmi semula bergelar Mahasiswa KUIS. Sakarang, mula sudah bah UA masuk kalas.

Pada awal kemasukan sebelum ini, ada juga fikiran nakal dan mungkin kesan baru tamat pengajian peringkat Diploma, iaitu terfikir tak nak aktif macam dulu, tak nak pegang japa-apa jawatan yang pelbagai macam diploma dulu. Hampir dua minggu berlalu, terasa bahang gerakan dakwah kampus seperti mana yang pernah di rasai suatu ketika dahulu. Siapa kita untuk tidak mahu terlibat dalam gerak kerja Dakwah kampus ini ? Melihat landskap Politik Kampus KUIS yang ada pada hari ini, UA terpanggil untuk terlibat dalam gerak kerja mengekalkan biah Solehah KUIS yang semakin hari semakin terhakis ini, sebelum ia hilang dan tidak dapat diselamatkan lagi. UA perlu turut serta bersama dengan Mahasiswa-mahasiswa yang inginkan Islam memimpin KUIS dan perubahan. Siapa mereka ? siapa sahaja Mahasiswa KUIS yang ada mempunyai usaha ke arah itu. Ya Allah, ampuni dosa-dosa hamba-Mu yang lemah ini.

Jawatan adalah Amanah, UA sering memikirkan perkara ini ketika memikul sesuatu jawatan sama ada dalam atau luar kampus. DI Bumi KUIS, boleh sahaja UA terlibat dengan pelbagai persatuan bermula daripada persatuan anak negeri UA, iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB), persatuan 'Khadam-khadam Masjid' iaitu Al-Azhar Members (ALAM), PERSADA, PMFBMK dan sebagainya. Untuk bergerak dalam gerak kerja Dakwah kampus, pada UA perlu berada dalam kelompok Mahasiswa @ persatuan. UA mengimpikan yang suatu hari nanti KUIS akan wujud suasana Pro. Mahasiswa dam Aspirasi (Pro. Puak-puak pentingkan diri sendiri) itupun kalau puak ni adalah kan, tapi kat KUIS puak ni ada ke ?.

Impian UA yang lain pula ialah, mengharapkan seluruh persatuan Mahasiswa bermula daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) sehinggalah Kelabnya mampu mengaplikasikan Kesatuan Cara Berfikir dan Kesatuan Gerak Kerja atau Tindakan. Perjuangan lebih kepada kebajikan warga KUIS, Amar Ma'ruf Nahi Munkar, Berani bersuara menuntut Hak Kebajikan Mahasiswa KUIS daripada pihak pengurusan dan yang seumpama dengannya.

Sebut tentang gerak kerja Dakwah kampus ni, teringat ALAM sekali lagi. ALAM sebagai satu persatuan dibawah naungan Masjid Al-Azhar KUIS, kini telah menjadi sebutan di bumi KUIS. wujud pandangan Pro dan Kontra terhadap gerak kerja ALAM oleh warga KUIS terutamanya Mahasiswanya. UA sebagai Mantan Presiden ALAM sebelum ini, terkesan oleh perkara inij. Setakat yang UA tahu sejak dahulu hingga hari ini, UA melihat ALAM tidak pernah mencari musuh apatah lagi ingin bermusuh. Jujur pada pandangan UA, keadaan KUIS kini semakin merisaukan dan semakin mencabar kepada gerakan Dakwah kampus sendiri. Kerana apa ? Bilangan warganya yang berpelbagaian latar belakang keluarga, budaya, bangsa dan negeri dah semakin bertambah. Etika pelanggan setengah pengurusan yang semakin teruk, yuran pelajar yang semakin 'mentekak darah', ketidak seriusan setengah pengurusan terhadap Amar Ma'ruf Nahi Munkar kampus, kurangnya kesedaran Mahasiswa KUIS terhadap peri pentingnya Politik Kampus, kelembapan pimpinan Mahasiswa KUIS dan yang seumpama dengannya.

Pro dan Kontra warga KUIS terhadap ALAM telah UA sebutkan pada tulisan sebelum ini. Cuma UA ingin menekankan dan menegaskan di sini. Sesiapa atau mana-mana persatuan Mahasiswa termasuklah MPM dan JPM yang tidak berpuas hati dengan ALAM, jangan cakap belakang bah. Kita Profesional, bincang semeja dan cakap berhadapan. Sedih bila mendengar wujudnya pimpinan Mahasiswa KUIS yang mengumpat dan cakap-cakap tentang ALAM melalui pintu belakang. Tak elok, 'Jangan main belakang, bab ia sangat bahaya'. kita main depan no... kelebihannya, kita boleh berbincang dengan elok dan profesional.

" Gerakan Dakwah Menuju Nusrah Ilahi "

Isnin, 15 Jun 2009

Pro dan Kontra Al-Azhar Members (ALAM)

Tambah Gambar
Alhamdulillah, segala jenis puji hanyalah untuk Tuhan yang Maha Esa dan Kuasa, sudah tentulah kepada Allah s.w.t. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat Baginda.

Hari ini hari Isnin, 15/06/2009 bertempat di Auditorium Pentadbiran pada pukul 9.00 malam akan diadakan Malam Ukhuwwah perdana ALAM, yang membawa tema "Semarakkan Ukhuwwah, Gerakkan Dakwah". Antara objektif utama program ini ialah menghimpunkan seluruh pimpinan Mahasiswa KUIS dan warga KUIS untuk bersama-sama menyemai dan menanam kesatuan fikrah untuk melakukan anjakan paradigma dalam cara berfikir dan keberanian bersuara dan seterusnya mewujudkan kesatuan amal dalam gerka kerja memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa KUIS. Selain itu adalah untuk membangkitkan kesedaran MahaisiswaMahasewel. Tajdid yang cantik dan baik, yang mana pihak penganjur program telah mengedarkan surat jemputan kepada seluruh persatuan mahasiswa KUIS termasuklah MPM sendiri. Harapan UA agar mereka semua menerima jemputan tersebut dan dapat menghadirkan diri.

ALAM melangkah setapak lagi dengan penganjuran program tersebut. ALAM selaku peneraju Dakwah kampus sudah tentu berhadapan dengan pelbagai bentuk karenah sama ada dari pimpinan mahasiswa, warga KUIS mahupun pengurusan KUIS. Begitu juga dengan penerimaan warga KUIS terhadapa ALAM. Ada yang berpandangan ALAM adalah persatuan yang ekstrem, persatuan yang poyo, persatuan yang menekankan politik, persatuan yang asobiyah dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga wujudnya pandangan yang sebaliknya. Apapun warga KUIS berhak untuk menilai tentang ALAM. Cuma UA memohon lakukan kajian terlebih dahulu, sebelum menghukum kerana kita adalah Mahasiswa. Mahasiswa sering dikaitkan dengan penyelidikan sebelum membuat sesuatu keputusan. Janganlah kita mudah mneghukum tanpa ada kajian terlebih dahulu sebaliknya mendengar dari mulut si fulan @ si fulanah lalu menjadi Pak Sanggup bahkan menjadi Pak Turut untuk turut menghukum dengan ikut sedap mulut sahaja.

Sebaik-baik perkara adalah bersederhana, ALAM mengaplikasi pendekatan dan hal ini dalam gerak kerjanya. Islam (syariah Islamiah) menjadi dasar utama perlembagaan ALAM, ALAM mengajak kepada Masjid bukan Disko apatah lagi Kompleks membeli belah. Setiap program ALAM dengan kerjasama padu masjid Al-Azhar semuanya diJAMIN halal dan baik, mana tidak program Halaqah Mathurat, Usrah 2 kali seminggu, Iftar Jamaie' 2 kali seminggu juga, Karnival Jom Ke Masjid, gotong royong Masjid, Jejak Ashabul Khafi dan banyak lagi. Pendek kata ALAM mengajak warga KUIS kepada RUMAH ALLAH S.W.T.

Seperkara lagi, yang sedihnya apabila ada mahasiswa KUIS khasnya dan Malaysia amnya, yang menolak politik daripada kehidupan. Politik kotor adalah propaganda musuh Islam yang bertujuan agar umat Islam memisahkan politik daripada kehidupan, agar umat Islam membenci politik dan mengenepikan politik daripada kehidupan. Nabi kita berpolitik, dan dalam konteks Mahasiswa kita perlu mahir dan tahu serta faham "POLITIK KAMPUS". Ingat, bahawa kita berprogram, mesyuarat, bermuamalah dan sebagainya semuanya itu adalah diantara politik. Ini adalah pandangan UA berhubung hal yang sepatutnya kita dah fahami dan tidak perlu dipersoalkan lagi. ISLAM bersifat Syumuliah (lengkap).

Sebagai Mahasiswa kita berhak membicarakan tentang Ekonomi, Sosial, Perundangan, Hiburan, Budaya dan begitu jugalah politik. Gerak kerja ALAM meliputi kesemua perkara yang tersebut diatas, iaitu ia merangkumi segenap aspek kehidupan. Lumrah dalam meneruskan kerja Nabi, akan didepani oleh mehnah dan tribulasi yang terkadang semuanya itu adalah untuk menguji kekuatan iman, kekentalan jiwa dan kesabaran hati. ALAM menjadikan 'Bekerja Untuk Islam Kerana Allah' sebagai prinsip dalam bergerak kerja. Habuan, pujian, ganjaran berbentuk material, wang ringgit bukanlah Hadaf (Tujuan) apatah lagi populariti. ALAM sedar tugas Dakwah ini tidak disambut dengan paluan kompang, permaidani merah apatah lagi emas dan pangkat kebesaran.


Visi ALAM adalah menjadikan Masjid Al-Azhar sebagai pusat aktiviti seluruh mahasiswa KUIS, dengan erti kata Masjid yang BESAR ditengah-tengah KUIS ini mampu menjadi HATI KUIS yang hidup, bukan mati. Menjadi tempat yang diminati, disukai dan sering dikunjungi oleh warga KUIS. Teringat isi ceramah Ustaz Syarul Azman baru-baru ini. Di bumi KUIS terdapat banyak peluang kejayaan dan juga kegagalan, terpulang untuk kita memilihnya.

Tugas dan tanggungjawab untuk memastikan Masjid Al-Azhar sebagai HATI KUIS yang Hidup adalah tanggungjawab semua pihak bukan sahaja AJK Masjid dan ALAM malahan semua pihak bermula daripada pihak pengurusan, Majlis Perwakilan Mahasiswa. Persatuan Mahasiswa Fakulti, Anak Negeri, Kelab dan lajnah serta warga KUIS secara keseluruhannya. Berapa peratus jumlah Mahasiswa KUIS yang menetap di Qoryah atau B.O.T solat berjemaah Masjid. Adakah fenomena ini ingin kita biarkan berterusan ???

Sehubungan itu, ALAM dengan kerjasama Masjid Al-Azhar sentiasa berganding bahu mencari jalan penyelesaian kepada situasi tersebut dan yang seumpama dengannya. Sekali lagi, adakah ini tanggungjawab ALAM dan Masjid sahaja ??? Pihak yang brwajib perlu lebih agresif, berani dan tegas dalam hal ini demi melihat KUIS membangun seiring dengan pembangunannya yang pesat. Pemangkin Tradisi Ilmu juga menjadi motto keramat KUIS.

Salam Kasih Sayang dan Salam Perjuangan.

Bacalah Doa ini untuk Saudara kita di Palestin & Dunia

Pengalaman Kepimpinan



2002-2005

Madrasah Al-Irsyadiah, Pondok Marakau Ranau Sabah (MAIM)

Ketua Pelajar
Ketua Asrama
Ketua Ibadah

2005
Markaz At-Ta'lim wat Tarbiah, Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah

Lajnah Mutholaah

2006-2011
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pengerusi Lajnah Dakwah Jabatan Dakwah
Pengerusi Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Arab
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB)
Presiden Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar (ALAM)
Setiausaha Agung Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar
Ketua Biro Pembangunan Insah Taa'ruf
Ketua Biro Disiplin Taa'ruf
Naqib Usrah Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Exco Akademik PERMIB
Exco Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian peradaban Islam (PMFPPI)



Sahabat Blog