Selasa, 13 Januari 2009

Wahyu dijadikan Dasar dan Dustur kehidupan

Himpunan Warga KUIS menentang Kezaliman Zionis


Alhamdulillah, allahumma solli ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'in.

Kekejaman rejim Zionis laknatullah terhadap keluarga kita di wilayah Gaza, Palestin semakin bebal, kejam, zalim dan 'Babi'. Akhbar Berita Harian, hari ini sahaja melaporkan seramai 905 orang saudara kita telah Syahid manakala 3 950 orang saudara kita cedera ketika ini. Berikut adalah antara laporan dalam berita tersebut ;

Serangan 17 hari askar Israel ranapkan wilayah Gaza

BANDAR RAYA GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terkorban dalam perang dilancar Israel ke atas Gaza sejak 17 hari lalu melepasi angka 900 semalam, ketika negara Yahudi itu mengerah askar simpanannya untuk dihantar ke wilayah Palestin berkenaan.

Ketua perkhidmatan penyelamat di Gaza, Muawiya Hassanein, berkata setakat semalam, 905 rakyat Palestin terkorban dan 3,950 cedera.

"Sekurang-kurangnya 277 kanak-kanak adalah antara yang terkorban," katanya.


UA melihat seluruh dunia mengutuk pencerobohan, serangan dan kekejaman rejim zionis laknatullah ini. Alhamdulillah, semalam telah diadakan sidang Parlimen Malaysia usul menentang kekejaman Israel terhadapa Gaza, satu perkembangan yang baik. UA berdoa semoga usul dan perbahasan sidang Parlimen semalam bukan retorik semata-mata tetapi ia satu usul yang disusuli dengan tindakan yang sewajarnya.

Dalam konteks Institusi Pengajian Tinggi pula, KPT telah mengizinkan IPT seluruh mengadakan program-program berbentuk menentang kekejaman rejim Zionis ini seperti Demonstrasi, Ceramah, Rapat Umum dan sebagainya. Pada 09 Januari yang lepas, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah menganjurkan Himpunan Raksasa Mahasiswa Malaysia menentang Kezaliman Zionis terhadap GAZA. Keterlibatan golongan Mahasiswa dalam perhimpunan tersebut mencecah 5 000 orang. Selain itu, beberapa IPT juga telah mengadakan program seumpama itu seperti di UIAM, UITM, UKM, UM dan sebagainya.

KINI !!!!! di bumi KUIS. Al-Azhar Members dengan kerjasama Masjid Al-Azhar akan mengadakan Himpunan Warga KUIS Menentang Kezaliman Rejim Zionis terhadap Gaza di Palestin. Himpunan tersebut Insyaallah akan diadakan pada 16hb Januari ini (Jumaat) bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.45 tengahari. Antara Objektif utama Himpunan ini adalah untuk mempertingkatkan kesedaran warga KUIS terhadap peripentingnya kita mempertahankan bumi al-Aqsa dan rasa 'Kebersamaan' kita dengan keluarga kita di Palestin.

Semalam sahaja UA bertemu Penasihat ALAM selaku Nazir Masjid Al-Azhar, Ustaz Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah. Beliau menyokong sepenuhnya himpunan tersebut. Insyaallah UA bersama adik-adik seperjuangan di ALAM akan berusaha sedaya upaya memastikan himpunan ini berjalan seperti yang dirancang, baik dan aman.


Kepada seluruh warga KUIS bermula dari pihak atasan sehinggalah bawahan. JOM ! kita berhimpun bersama menentang kezaliman rejim Zionis terhadap Saudara kita di Palestin.

Hancur...hancur..... Rejim Zionis Laknatullah a'laihim. al-Fatihah buat para Syuhada.

Sabtu, 10 Januari 2009

Wajah Keluarga Aku di Palestin

Wahai diri, bangkitlah dari tidurmu,
saudaramu di Palestin tiada masa untuk tidur,
mempertahankan negaranya dari dicerobohi
oleh Yahudi laknatullah, sehingga mereka Syahid.

Ya Allah, adik-adikku, abang dan kakakku serta orang tuaku
di Palestin berjuang mempertahankan
hak dan negara kami
sehingga mereka syahid, tetapi di mana aku ?????????



Aku masih sempat tidur dengan nyenyak,
Aku masih mampu makan minum dengan kenyang,
tertawa dan tidak ambil peduli kepada keluarga di Palestin,

Ya Allah, aku adalah anak dan saudara seislam yang ZALIM dan KEJAM
Wahai diri !!!!! lihatlah ayah dan adikmu ini !!!!!

Ya Allah, Yahudi membunuh adikku,
lihatlah !!! peluru yang menembusi kepala adikku itu.
Wahai diri !!! lakukanlah sesuatu sebagai tanda dirimu bersama mereka,
"Doa senjata bagi orang beriman."
Tunjukkan yang engkau bencikan Yahudi laknatullah.
Hancur...hancur Yahudi, hancur...hancur... Amerika.
Jahanam... jahanam... jahanam semua Zionis.





Wahai Penduduk Palestin, Kami Bersama Kamu

Senyum Mujahid Islam as-Syahid
Syeikh Ahmad Yasin
Maksud Firman Allah swt :
"Dan janganlah kamu berkata, orang-orang yang
mati di jalan Allah swt itu Mati.
Sebenarnya mereka hidup tetapi kamu
tidak menyedarinya."
(al-Baqarah : 154)


Maksud Firman Allah swt lagi :
"Wahai orang-orang beriman ! mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih.
Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah
dengan harta dan jiwanya. Itulah yang lebih baik bagi kamu,
jika kamu mengetahuinya."
(as-Shaff : 10-11)






Sabtu, 3 Januari 2009

Bekerja untuk Islam kerana Allah


Alhamdulillah, allahumma solli wa sallim ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Pertama dan selamanya UA memanjatkan kesyukuran kepada-Nya atas segala nikmat, kurniaan, anugerah, rezeki dan pemberian-Nya kepada UA. Allah SWT Tuhan yang maha Esa dan Kuasa. Selawat serta salam keatas Nabi junjungan Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda yang mulia. kesejahteraan kepada seluruh pejuang Islam yang telah menggabung dan mewakafkan diri mereka dalam perjuangan mendaulatkan Islam di muka bumi ini.

Penyataan bekerja untuk Islam kerana Allah, adalah ayat yang berbentuk Tarbiah. Mendidik kita untuk sentiasa sedar yang kita umat yang dimuliakan dengan Islam dan mendidik kita bahawa hakikat hidup kita adalah kerana Allah s.w.t semata-mata. Ia juga mengajak lintasan hati, minda dan gerak kerja jasad kita semuanya untuk Allah swt semata-mata. Sebelum ini UA ada menyebut, "Jangan bercerita tentang perjuangan sekiranya tidak sanggup berkorban". Ayat ini juga umum, kita selalu mendengar 'perjuangan', perjuangan ni apa makhluk ???

Pada UA, perjuangan di sini bermaksud mujahadah (kerja sungguh-sungguh) kita dalam mengaplikasikan Akidah, Syariah dan Akhlak Islamiyah dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia kita. Sehubungan itu, dalam hal ini tidak boleh tidak ia bermula dengan diri kita sendiri. Kesedaran untuk berubah dan bertindak perlu ada dalam diri sebagai titik tolak untuk kita terus ke hadapan agar bersama memahami, mengikuti, menghayati dan menjiwai perjuangan tersebut. Kerana apa ? kerana sudah tentu orang yang berjuang dengan tidak berjuang berbeza bukan ?

Perjuangan yang dilakukan tanpa ada mehnah dan tribulasinya bukanlah perjuangan namanya. Ketahuilah perjuangan ini memerlukan pengorbanan kita masing-masing, pengorbanan yang bagaimana ? suka UA menghuraikan hal ini dalam konteks sebagai mahasiswa. UA dan adik-adik yang bergelar mahasiswa ketika ini dan yang terlibat dalam perjuangan, perlu mengorbankan masa, harta dan jiwa kita. Kita perlu bertukar dari biasa kepada luar biasa, bukan untuk orang lin tetapi untuk diri sendiri. Daripada tidak bijak mengurus masa kepada menghargai dan menguruskan masa, tidak yakin kepada berkeyakinan, mahir dalam berkomunikasi, tenang dan yakin mendepani cabaran hidup dan kepada sentiasa merasakan Allah setiap saat mengiringi kehidupan kita. Indahnya hidup bersama Ilahi.

Bercerita tentang tahap kekuatan perjuangan dalam pengaplikasian Akidah, Syariah dan Akhlak Islamiyah itu tadi dalam diri, keluarga, masyarakat dan bangsa kita. Ia banyak bergantung kepada usaha dan penilaian masing-masing. Bagi mereka yang Istiqamah, sudah tentu mereka lebih matang dan kenal tentang perjuangan berbanding dengan mereka yang On Off dan yang tidak terlibat langsung bukan ?

Persoalan yang timbul lagi ialah adakah gerak kerja perjuangan ini boleh dilakukan secara individu ? pada UA tidak kerana ia mustahil untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Oleh itu, perlulah UA dan adik-adik sekalian mencari dan melibatkan diri dengan satu kumpulan masyarakat, kelompok, organisasi, persatuan atau jemaah yang berjuang ke arah itu. Sebagai contoh, di bumi KUIS kelompok masyarakat atau persatuan manakah yang kita rasa sesuai untuk kerja-kerja perjuangan ini, yang mana mereka mengajak kita bekerja untuk Islam kerana Allah, bukan kerana balasan material yang bersifat sementara, puji-pujian manusia, kemewahan, harta dan penghormatan makhluk. Kelompok masyarakat yang mempunyai sistem yang tersusun dan mengikut sunnah Rasulullah. Insyaallah jika kita mampu menggabungkan diri kita dalam sebuah jemaah (kelompok masyarakat) itu tadi, kita akan menerima banyak hikmah dan kelebihan antaranya, kita semakin matang dalam kehidupan, jatuh bangun kita ada sahabat yang mendorong kita, kita bekerja bukan atas dasar semangat semata-mata tetapi atas dasar ilmu, sistem yang tersusun (manhaj) dan tarbiah Islamiyah, dan kelebihan yang terakhir ialah semakin kita bekerja dan belajar, maka kita akan merasakan diri kita semakin perlukan Tuhan dalam kehidupan, semakin kecil, jahil, banyak kekurangan dan sentiasa menginginkan Kasih Sayang Ilahi yang ABADI, bukan lagi kasih sayang makhluk yang SEMENTARA.

Hakikat diri UA dan adik-adik semua, masih banyak kekurangan diri kita dari segi ilmu, tarbiah, akhlak, dan beberapa kemahiran yang lain. Wajarkah kita sibuk bekerja sehingga kita semakin jauh dari Allah s.w.t ? Jika kita merasakan kitalah bijak, masih ada yang lebih bijak daripada kita. Jika kita merasakan kitalah yang berkuasa, masih ada yang lebih berkuasa daripada kita dan jika kita merasakan setiap detik lintasan hati, minda dan tindakan kita tiada yang tahu, kita silap. ALLAH SWT maha berkuasa setiap sesuatu, KUN FAYAKUN.

UA dan adik-adik sekalian boleh mati, gila, cacat, koma, pitam, hilang ingatan dan sebagainya bila-bila masa sahaja. Oleh itu, pastikan cara berfikir dan tindakan kita semuanya untuk Islam kerana inginkan keredhaan Allah s.w.t bukan selain dari itu. Akhirnya, kita dimuliakan dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dan penyelesaian salain Islam (wahyu), jika ini yang berlaku tunggulah azab dan seksaan daripada Allah s.w.t kepada kita.

Buka minda, kenali siapa diri kita yang sebenar ?????????

Putera, Jejaka, Lelaki dan Hamba acuan Wahyu

Alhamdulillah, allahumma solli ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Mari kita fahami, hayati dan jiwai tulisan dalam gambar ini;



Oleh itu ;
Bagaimana hubungan kita dengan Allah s.w.t ?
Bagaimana hubungan kita dengan Rasulullah s.a.w ?
Bagaimana rasa kebersamaan kita terhadap sesama insan dan makhluk ?

Insyaallah pada tulisan UA akan datang akan menghurai persoalan ini. Bersambung.....

Khamis, 1 Januari 2009

Perjuangan Memburu Syahid

Subhanallah wal Hamdulillah wa Allah Akbar, wa la Hawla wa la Quwwata illa billahil A'zhim.

Serangan kejam rejim Zionis Yahudi LAKNATULLAH A'LAIHIM terhadap saudara-saudara seakidah UA dan kita semua di Palestin akhir-akhir ini sekali lagi menggemparkan dunia. Hakikatnya, serangan itu telah berlaku dan bermula sejak dahulu lagi.

Musuh kita (umat Islam) iaitu Zionis sememangnya tidak akan redha kepada kita semua, selagi kita tidak mengikuti jejak langkah mereka. Puak yahudi dan nasrani ini setiap saat dan waktu berfikir bagaimana untuk menjatuhkan dan membinasakan umat Islam. Sebagaimana firman Allah swt :

"Dan orang-orang yahudi dan nasrani TIDAK akan redha kepadamu (Muhammad) sehingga engkau mengikuti agama mereka." (al-Baqarah : 120)

Sebagaimana yang UA dan semua ketahui, setiap ayat al-Quran yang ditujukan kepada Nabi kita ia juga merujuk kepada kita semua sebagai umat Islam. Perlu diingat juga bahawa kalimah 'TIDAK" (Lan) dalam ayat tersebut menunjukkan kepada tidak untuk selama-lamanya sehingga hari kiamat. Jadi, mereka setiap saat berfikir untuk melemah dan membinasakan kita umat Islam, adakah kita perlu berdiam diri ???

Bangkitlah wahai Insan, janganlah zon selesa ini menyebabkan kita lupa nasib saudara kita di luar sana seperti di Palestin, Afghanistan, Iraq, Filipina, Selatan Thai dan sebagainya. Janganlah kita menjadi umat Islam yang tiada setitik pun rasa 'KEBERSAMAAN' dengan saudara-saudara kita tersebut. Apa yang kita mampu lakukan banyakkan solat hajat dan berdoa untuk mereka, kerana inilah senjata yang mampu kita kirim untuk mereka.

Ya Alllah, marilah kita merasai semangat setiap penduduk Palestin ketika ini, bermula dari yang kecil hingga yang tua bersemangat mempertahankan negara mereka daripada dicorobohi oleh musuh. Semangat jihad mereka begitu tinggi, sebiji batu yang dilontarkan kepada musuh bagi mereka adalah senjata yang boleh membawa kemenangan kepada mereka iaitu kemenangan di sisi Allah swt. Itulah mereka, RAKYAT PALESTIN yang memburu Syahid di jalan ALLAH SWT. Kita pula memburu apa ???

Buka minda, jangan tidur..... SEDARLAH DIRI, banyakkan berdoa untuk diri dan mereka.........

Azam Itu dan Ini, tercapai ke ?

Alhamdulillah, allahumma solli ala Saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.


Salam Maa'l Hijrah 1430H, salam awal Muharam dan tahun baru 2009 Masihi, semoga ketibaan tahun baru ini akan menyemarakan lagi semangat UA dan adik-adik sekalian untuk kita lebih memajukan kita dalam setiap amalan soleh yang kita lakukan. UA pasti semua dah tanam azam dan tekad untuk berubah ke arah kebaikan kan.

Perubahan dari yang kurang baik kepada yang baik dan dari yang terbaik kepada yang paling terbaik. Contohnya mungkin sebelum ni kita jarang baca al-Quran kepada rajin baca al-Quran, jarang atau tak pernah 'Bangun Malam' kepada rajin Qiamullail untuk berkasih sayang (menitiskan airmata) kepada-NYA, kurang keyakinan diri kepada yakin terhadap kemampuan diri sendiri, tak dengar cakap mak ayah kepada patuh kepada mak ayah (sami'na wa ato'na) dan paling penting dari hamba yang kurang mengingati-NYA kepada hamba yang 24 jam sehari semalam, setiap hari mengingati-NYA. Mustahilkah perkara ini kita lakukan, nak sebilion daya, tak nak sebilion dalih.

Seperkara lagi, realiti umat masyarakat pada hari ini, khususnya umat Melayu Islam, di negara kita mereka lebih suka menyambut dengan meriah dan semangat yang tinggi akan tahun baru Masihi berbanding Hijriah. Jadi, kita nak tergolong dalam golongan mana ? meriahkan sambutan Maal Hijrah 1430H @ sambutan Tahun Baru 2009M. Kau.., fikir-fikirlah ah Jo !

Peringatan UA untuk diri sendiri dan adik-adik sekalian, sebelum ini mungkin kita malas atau mungkin takut ingat MATI. Jadi, sempena tahun baru ni rajin-rajinlah ingat MATI (zikrul maut) deh. Seperkara lagi, mungkin sebelum ni malas beristigfar ("Astagfirullah al-A'zhim") kepada rajin beristigfar (memohon keampunan dosa yang kita lakukan). Tahu tak bila kita MATI ????? UA pun tak tahu...entah-entah pas menaip ni @ tengah malam kang, esok, lusa atau minggu depan Wallahua'lam.

Cuba kita hayati lirik lagu di bawah ni ;

Bila Izrail datang memanggil,
Jasad terbujur di pembaringan,
Seluruh tubuh akan menggigil,
Sekujur badan yang kedinginan.

Tiada lagi gunanya harta,
Kawan karib, sanak saudara,
Tinggal semua yang dikasihi.

SOLATlah kita, sebelum kita diSOLATkan.

Ingatlah !!! Sakaratul Maut, yang akhirnya ROH dan JASAD akan terpisah,
Ketika itu, kita sudah tiada NILAI (bukan Nilai N. 9 k).....

Buka minda, kenali potensi diri.....

Sedar Diri bah Jo


Alhamdulillah, Allahumma solli ala Saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya perancangan dua hari lepas untuk UA dan adik-adik seperjuangan ALAM untuk bermain futsal di padang futsal Vista telah terlaksana pagi tadi. Bermain sejam setengah bermula pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi tadi agak penat gak, tapi la ba'sa demi menyahut pepatah "Akal yang cerdas pada badan yang sihat".

Selepas bermain, semasa tengah berehat kami didatangi oleh seorang pakcik, pada awalnya pakcik tu sembang ngan adik-adik, pastu terdetik di hati UA nak gak join, lalu UA bangkit menuju ke arah mereka. Apa yang menariknya, pakcik ni seorang yang peramah dan berilmu. Apa lagi UA mengambil peluang tersebut untuk mengajukan beberapa soalan tentang kehidupan kat pakcik tu.

Pakcik ni namanya Haji Muhammad Noh. Asal Negeri Sembilan, mempunyai anak seramai 7 orang, 6 lelaki dan seorang perempuan (anak bongsu). 'Mantan' tentera (nak guna bekas tak elok pula kan), bernikah masa usia 22 tahun dan isterinya ketika tu 18 tahun. Pernikahan mereka berlansung pada tahun 1957, dah 51 tahun dah masih mampu mengekalkan kasih sayang dan rumahtangganya. Anak-anak Pakcik ni semua dah berumahtangga dan cucu beliau semuanya ada 18 orang. Diulang sekali lagi cucu beliau 18 orang, bukan anak tapi cucu k. banyak tu kawan !!!

Sebelum UA pergi jauh, tujuan penulisan UA kali ni lebih kepada mengajak diri UA dan sahabat-sahabat sekalian berfikir tentang perancangan dan persiapan yang PATUT, PENTING, WAJAR, UTAMA, RELEVAN, SESUAI dan WAJIB kita ada sebelum mendirikan Rumah samada ada tangga atau takde. Bukan apa, realitinya dan tak yeh berlapik-lapiklah ramai adik-adik dan kawan-kawan yang 'melibatkan' diri dengan dunia 'cinta kampus ni'. Ada yang berjaya dan ada yang retorik semata-mata, buang masa dan wang je. Bagi yang berjaya mereka ada matlamat yang jelas, sentiasa berpijak di bumi yang nyata, sedar diri dan "UTAMA TETAP UTAMA". UA tahu dan sedar dalam hal ini wujud pro dan kontranya. Apapun kita semua berhak bersuara.

Jadi, UA pun tak nak diri UA termasuk dalam golongan yang lalai mengingati Tuhan. Secara ringkasnya berikut adalah apa yang UA telah dapat daripada sembang-sembang, pandangan dan lontaran idea pakcik Haji Muhammad Noh pagi tadi ;

  1. Hubungan dengan ALLAH SWT perlu di utamakan.
  2. Sabar atas ujian dan bersyukur atas nikmat-Nya.
  3. Tuntut ilmu banyak-banyak, jangan malas !!!!!
  4. Ilmu Wajib diamal demi kejayaan hidup.
  5. 'La budda' ekonomi kena kukuh.
  6. Bertolak ansur.
  7. Sebagai lelaki kena menjadi pemimpin (dengan erti kata yang sebenar).
  8. Lelaki dan perempuan banyak perbezaan. Jadi, perlu banyak perbincangan duduk semeja ke, sekerusi ke atau selantai.
  9. Kuatkn diri dengan sentiasa berfikiran positif dan YAKIN bahawa rezeki dah ditentukan Tuhan, dengan syarat ada IKHTIAR dan USAHA = TAWAKKAL kepada-Nya.
Semoga perkongsian pengalaman UA pagi tadi dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada adik-adik sekalian. Tiada masa dah nak buang masa, rebutlah peluang yang ada ni sebaik mungkin ;
  • MUDA sebelum TUA
  • LAPANG sebelum SEMPIT
  • SIHAT sebelum SAKIT
  • KAYA sebelum MISKIN
  • HIDUP sebelum MATI
Jangan dah Beras jadi bubur baru menyesal. Tanya diri kita, wajarkah kekuatan jasadiyahku, ruhiyyahku, minda, semangat, keyakinan, rasa pantang dicabarku dan rasa ingin tahuku yang kuat ini, Aku arahkan kepada keGAGALan dan keLEMAHan ????? Buka minda, kenalilah potensi diri.....

PRK vs Kebejatan Moral


Alhamdulillah, allahumma solli ala Saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Alhamdulillah, akhir-akhir ni kehangatan dan kehangitan PRK KUIS telah mula dibicarakan oleh mahasiswa KUIS yang peka dan cintakan kampus mereka. Tulisan UA kali ini tidaklah memfokuskan kepada perkara PRK semata-mata, tetapi UA ingin kita berfikir satu isu atau masalah yang pada UA perlu diambil tindakan tegas, iaitu isu kebejatan moral dikalangan mahasiswa KUIS pada hari ini, dari aspek pergaulan, pemakaian, ko-kurikulum, keadaan di Qoryah dan yang seumpama dengannya.

Semasa UA mula-mula masuk ke bumi KUIS dahulu, senang mata memandang Biah Solehah KUIS ketika itu kerana agak sukar untuk melihat siswa dan siswi duduk berdua-duaan, siswi berpakaian tudung jarang dan singkat yang menampakkan 'Anugerah' Tuhan yang WAJIBnya tidak ditonjolkan, siswa yang berseluar pendek dan merokok di merata tempat, siswa dan siswi yang bukan mahram naik motor dan kereta bersama serta banyak lagi gejala sosial yang semakin hari semakin membimbangkan setengah warga KUIS yang cintakan Islam, dan dalam masa yang sama UA akur wujud setengah warga KUIS yang tidak ambil tahu dan membiarkan hal ini terus berlaku tanpa ada tindakan yang sewajarnya dilakukan.

Mengapa ini semua berlaku ???, pada UA ia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antara faktor utamanya ialah ketidak seriusan pihak pengurusan dalam mencegah kemungkaran dan tindakan disiplin mahasiswa yang melakukan kemaksiatan, kesedaran Amar Ma'ruf Nahi Munkar dalam diri warga KUIS masih kurang, pimpinan mahasiswa yang tidak bersungguh-sungguh dalam Dakwah Islamiah dan sikap pihak atasan yang kurang turun padang dalam hal Nahi Munkar ini. Memang benar untuk kita mencegah kemungkaran dan kemaksiatan agak sukar berbanding kita menyeru kepada kebaikan dan ketaatan.

UA percaya di pihak mahasiswa yang diketuai oleh MPM dan para pensyarah yang mempunyai fikrah Islam telah banyak melakukan dakwah dan Amar ma'ruf Nahi Munkar, pelbagai tindakan, perjumpaan, perancangan dan cadangan telah dilaksanakan bagi mengatasi hal ini, cuma apabila yang diutarakan ke peringkat atasan, ia menerima respon yang kurang dan terkadang senyap sahaja. Hakikatnya, semua pihak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Janganlah kita hanya sibuk menurut kehendak manusia sehinggakan kehendak dan HAK ALLAH SWT kita ketepikan.

Maksud hadis Nabi SAW :
"Barangsiapa melihat kemungkaran maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa), sekiranya tidak mampu cegah dengan lisan, maka sekiranya tidak mampu juga cegah dengan hati, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemah iman".

Kuasa MPM, MPQ, ALAM dan persatuan mahasiswa yang lain terbatas dan hanya dalam ruang lingkup sebagai mahasiswa dalam mencegah kemaksiatan di bumi KUIS ini, begitu jugalah dengan para pensyarah yang istiqamah dalam hal ini. Kita akur kuasa yang tertinggi dalam pentadbiran KUSI adalah lembaga pengarah, Rektor, timbalan rektor, pengarah dan dekan fakulti dan ketua-ketua jabatan. Cuba kita fikirkan, seandainya pihak atasan ini sangat serius dalam hal mencegah kebejatan moral warga KUIS ini, agak-agak ia semakin TERUK ke atau semakin berkurangan ?????. Realitinya, keruntuhan akhlak mahasiswa KUIS semakin TERUK.

Sehubungan itu, UA berpandangan 'tidak boleh tidak' mereka-mereka yang mempunyai kuasa yang tertinggi dalam KUIS (memikul AMANAH yang berat) WAJIB bertindak dan mencari langkah penyelesaian yang lebih tegas terhadap mereka yang terlibat dengan masalah disiplin. Mencegah lebih baik dari mengubat, kita perlu bersama-sama mencegah sebelum ianya parah dan janganlah biah solehah yang selama ini dipertahankan oleh insan-insan yang fikrah ISLAM yang ada ini bertukar kepada biah yang sebaliknya, biah yang Rosak, biah yang menghalalkan yang haram dan biah yang mengutamakan kehendak nafsu berbanding HAK ALLAH SWT. Alangkah sedih dan teruknya keadaan ketika itu kerana biah sudah tidak 'sejiwa' dengan nama = KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.

Maksud firman Allah swt :

“ Telah jelas kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh tangan-tangan Manusia”

(al-Rum : 41)

Program, program juga. Bekerja, bekerja juga. Makan minum, makan minum juga, tetapi masalah atau kerosakan yang berlaku dibawah juga perlu dilihat, diziarahi, diikuti, didengari, dimuhasabahkan dan seterusnya diambil tindakan yang sepatutnya. Nak VISI, MISI dan Objektif KUIS tercapai tak ? Nak tengok best lecturers, students dan facilities tercapai tak?. Jika semua ini ingin dicapai dengan jayanya, usaha yang dilakukan perlulah sesuai dengan matlamatnya. Nak kenyang kena makan, bukan berjoging. Nak ubat sakit mata, takkan minum ubat batuk kan. Kita fikirlah bersama deh.....

Akhirnya, ketahuilah wahai MANUSIA sekalian, UA menulis ni adalah rasa tanggungjawab UA sebagai Mahasiswa KUIS yang ingin melihat biah, mahasiswa, para pensyarah, staf, pihak pengurusan, majlis tertinggi pentadbiran dan lembaga KUIS dipimpin oleh ISLAM dan seterusnya cara berfikir dan gerak kerja serta keputusan tindakan kita sesuai dengan makna Kolej Universiti ISLAM Antarabangsa Selangor (KUIS) itu. Sekali lagi :

"KITA DIMULIAKAN DENGAN ISLAM", maka janganlah mencari kemuliaan dan penyelesaian selain ISLAM (Wahyu ALLAH) kerana jika ini berlaku, kehinaan dan kemurkaan dari ALLAH SWT akan menimpa kita. Anda sayangkan KUIS ???

UA sayangkan KUIS. Lembah ilmu, yang dipenuhi cahaya Ilahi. Nak cahaya Ilahi kekal di KUIS?

Bacalah Doa ini untuk Saudara kita di Palestin & Dunia

Pengalaman Kepimpinan



2002-2005

Madrasah Al-Irsyadiah, Pondok Marakau Ranau Sabah (MAIM)

Ketua Pelajar
Ketua Asrama
Ketua Ibadah

2005
Markaz At-Ta'lim wat Tarbiah, Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah

Lajnah Mutholaah

2006-2011
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pengerusi Lajnah Dakwah Jabatan Dakwah
Pengerusi Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Arab
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB)
Presiden Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar (ALAM)
Setiausaha Agung Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar
Ketua Biro Pembangunan Insah Taa'ruf
Ketua Biro Disiplin Taa'ruf
Naqib Usrah Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Exco Akademik PERMIB
Exco Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian peradaban Islam (PMFPPI)



Sahabat Blog