Khamis, 1 Januari 2009

PRK vs Kebejatan Moral


Alhamdulillah, allahumma solli ala Saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Alhamdulillah, akhir-akhir ni kehangatan dan kehangitan PRK KUIS telah mula dibicarakan oleh mahasiswa KUIS yang peka dan cintakan kampus mereka. Tulisan UA kali ini tidaklah memfokuskan kepada perkara PRK semata-mata, tetapi UA ingin kita berfikir satu isu atau masalah yang pada UA perlu diambil tindakan tegas, iaitu isu kebejatan moral dikalangan mahasiswa KUIS pada hari ini, dari aspek pergaulan, pemakaian, ko-kurikulum, keadaan di Qoryah dan yang seumpama dengannya.

Semasa UA mula-mula masuk ke bumi KUIS dahulu, senang mata memandang Biah Solehah KUIS ketika itu kerana agak sukar untuk melihat siswa dan siswi duduk berdua-duaan, siswi berpakaian tudung jarang dan singkat yang menampakkan 'Anugerah' Tuhan yang WAJIBnya tidak ditonjolkan, siswa yang berseluar pendek dan merokok di merata tempat, siswa dan siswi yang bukan mahram naik motor dan kereta bersama serta banyak lagi gejala sosial yang semakin hari semakin membimbangkan setengah warga KUIS yang cintakan Islam, dan dalam masa yang sama UA akur wujud setengah warga KUIS yang tidak ambil tahu dan membiarkan hal ini terus berlaku tanpa ada tindakan yang sewajarnya dilakukan.

Mengapa ini semua berlaku ???, pada UA ia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antara faktor utamanya ialah ketidak seriusan pihak pengurusan dalam mencegah kemungkaran dan tindakan disiplin mahasiswa yang melakukan kemaksiatan, kesedaran Amar Ma'ruf Nahi Munkar dalam diri warga KUIS masih kurang, pimpinan mahasiswa yang tidak bersungguh-sungguh dalam Dakwah Islamiah dan sikap pihak atasan yang kurang turun padang dalam hal Nahi Munkar ini. Memang benar untuk kita mencegah kemungkaran dan kemaksiatan agak sukar berbanding kita menyeru kepada kebaikan dan ketaatan.

UA percaya di pihak mahasiswa yang diketuai oleh MPM dan para pensyarah yang mempunyai fikrah Islam telah banyak melakukan dakwah dan Amar ma'ruf Nahi Munkar, pelbagai tindakan, perjumpaan, perancangan dan cadangan telah dilaksanakan bagi mengatasi hal ini, cuma apabila yang diutarakan ke peringkat atasan, ia menerima respon yang kurang dan terkadang senyap sahaja. Hakikatnya, semua pihak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Janganlah kita hanya sibuk menurut kehendak manusia sehinggakan kehendak dan HAK ALLAH SWT kita ketepikan.

Maksud hadis Nabi SAW :
"Barangsiapa melihat kemungkaran maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa), sekiranya tidak mampu cegah dengan lisan, maka sekiranya tidak mampu juga cegah dengan hati, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemah iman".

Kuasa MPM, MPQ, ALAM dan persatuan mahasiswa yang lain terbatas dan hanya dalam ruang lingkup sebagai mahasiswa dalam mencegah kemaksiatan di bumi KUIS ini, begitu jugalah dengan para pensyarah yang istiqamah dalam hal ini. Kita akur kuasa yang tertinggi dalam pentadbiran KUSI adalah lembaga pengarah, Rektor, timbalan rektor, pengarah dan dekan fakulti dan ketua-ketua jabatan. Cuba kita fikirkan, seandainya pihak atasan ini sangat serius dalam hal mencegah kebejatan moral warga KUIS ini, agak-agak ia semakin TERUK ke atau semakin berkurangan ?????. Realitinya, keruntuhan akhlak mahasiswa KUIS semakin TERUK.

Sehubungan itu, UA berpandangan 'tidak boleh tidak' mereka-mereka yang mempunyai kuasa yang tertinggi dalam KUIS (memikul AMANAH yang berat) WAJIB bertindak dan mencari langkah penyelesaian yang lebih tegas terhadap mereka yang terlibat dengan masalah disiplin. Mencegah lebih baik dari mengubat, kita perlu bersama-sama mencegah sebelum ianya parah dan janganlah biah solehah yang selama ini dipertahankan oleh insan-insan yang fikrah ISLAM yang ada ini bertukar kepada biah yang sebaliknya, biah yang Rosak, biah yang menghalalkan yang haram dan biah yang mengutamakan kehendak nafsu berbanding HAK ALLAH SWT. Alangkah sedih dan teruknya keadaan ketika itu kerana biah sudah tidak 'sejiwa' dengan nama = KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.

Maksud firman Allah swt :

“ Telah jelas kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh tangan-tangan Manusia”

(al-Rum : 41)

Program, program juga. Bekerja, bekerja juga. Makan minum, makan minum juga, tetapi masalah atau kerosakan yang berlaku dibawah juga perlu dilihat, diziarahi, diikuti, didengari, dimuhasabahkan dan seterusnya diambil tindakan yang sepatutnya. Nak VISI, MISI dan Objektif KUIS tercapai tak ? Nak tengok best lecturers, students dan facilities tercapai tak?. Jika semua ini ingin dicapai dengan jayanya, usaha yang dilakukan perlulah sesuai dengan matlamatnya. Nak kenyang kena makan, bukan berjoging. Nak ubat sakit mata, takkan minum ubat batuk kan. Kita fikirlah bersama deh.....

Akhirnya, ketahuilah wahai MANUSIA sekalian, UA menulis ni adalah rasa tanggungjawab UA sebagai Mahasiswa KUIS yang ingin melihat biah, mahasiswa, para pensyarah, staf, pihak pengurusan, majlis tertinggi pentadbiran dan lembaga KUIS dipimpin oleh ISLAM dan seterusnya cara berfikir dan gerak kerja serta keputusan tindakan kita sesuai dengan makna Kolej Universiti ISLAM Antarabangsa Selangor (KUIS) itu. Sekali lagi :

"KITA DIMULIAKAN DENGAN ISLAM", maka janganlah mencari kemuliaan dan penyelesaian selain ISLAM (Wahyu ALLAH) kerana jika ini berlaku, kehinaan dan kemurkaan dari ALLAH SWT akan menimpa kita. Anda sayangkan KUIS ???

UA sayangkan KUIS. Lembah ilmu, yang dipenuhi cahaya Ilahi. Nak cahaya Ilahi kekal di KUIS?

Tiada ulasan:

Bacalah Doa ini untuk Saudara kita di Palestin & Dunia

Pengalaman Kepimpinan



2002-2005

Madrasah Al-Irsyadiah, Pondok Marakau Ranau Sabah (MAIM)

Ketua Pelajar
Ketua Asrama
Ketua Ibadah

2005
Markaz At-Ta'lim wat Tarbiah, Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah

Lajnah Mutholaah

2006-2011
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pengerusi Lajnah Dakwah Jabatan Dakwah
Pengerusi Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Arab
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB)
Presiden Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar (ALAM)
Setiausaha Agung Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar
Ketua Biro Pembangunan Insah Taa'ruf
Ketua Biro Disiplin Taa'ruf
Naqib Usrah Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Exco Akademik PERMIB
Exco Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian peradaban Islam (PMFPPI)



Sahabat Blog