Isnin, 31 Ogos 2009

Magsukul Ma Tuhan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda yang mulia.

Rata Penuh Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun begitu pantas meninggalkan kita. Siapakah MASA ???, Allah bersumpah demi masa di dalam kitab-Nya yang mulia. persoalannya adakah kita telah mendominasi masa atau masa yang mendominasi kita ?, itu sebagai mukaddimah tulisan UA kali ini.


Wahai diri, kini kita telah pun berada di fasa kedua bulan Ramadhan iaitu fasa 'Maghfirah' keampunan daripada Allah, mungkin pada fasa yang pertama kita telah terlepas banyak peluang, ruang dan masa. masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kesilapan lalu. Ya Allah, pimpinlah kehidupanku dan izinkanlah dua biji mata ini mengalirkan air mata keinsafan atas dosa-dosa yang lalu. Ya Allah, ampunilah hambamu ini. Ampunilah wahai Tuhanku yang Maha Berkuasa dan Maha Esa. Esok, 01 September 2009, bermula peperiksaan akhir semester bagi seluruh mahasiswa KUIS. UA yakin debaran semakin dirasai. Ada yang telah bersedia menghadapinya, ada yang masih ragu-ragu dengan persediaannya dan ada juga yang masih belum bersedia. Apapun, usaha tangga kejayaan. Man Jadda Wajada. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Pelbagai lagi kata-kata mutiara dan motivasi yang mungkin mula kita ingati. bersempena exam ini. Pada UA, kesedaran diri sendiri amat penting, semuanya bermula dengan diri sendiri.

Alhamdulillah, seperti biasa seluruh warga KUIS pada bulan Ramadhan akan tertumpu kepada Masjid Al-Azhar KUIS (HATI KUIS), pelbagai program telah disusun dalam program Ihya' Ramadhan. Pada 26 Ogos yang lepas, UA sempat mengikuti perjumpaan Hala Tuju Dakwah anjuran AMAR MPM KUIS, antara agendanya ialah program menghidupkan Ramadhan. Semua pimpinan mahasiswa KUIS yang terlibat bersepakat untuk menjayakan keseluruhan program yang telah diatur dan kebanyakan program yang diadakan berpusat di Masjid Al-Azhar. Itu cerita yang umum, dikesempatan ini, UA pun nak gak meluah apa yang boleh diluah. Semalam dah selesai Program Ceramah Motivasi dan Majlis Berbuka Puasa persatuan anak negeri UA iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB). UA selaku timbalan Pengarah, terasa lama tidak mengendalikan program, agak kelam kabut juga pada mulanya. Tetapi Alhamdulillah atas kerjasama Pengerusi PERMIB, Sdr. Mohd Afizie, Pengarah Zaidi dan Timbalan Pengarah 2 Hanisah serta yang lain program berjalan dengan baik. Pasal akademik pula, Alhamdulillah, semua baik cuma subjek Bahasa Ibunda (BI) yang ada masalah dengan hafazan, hafazan dah pasti Gagal. Ndak ada menghafal dan ndak masuk kelas pun sampai sakarang. BI pula, masih dalam proses pertimbangan sama ada diberi peluang atau ndak. Tunggu jaklah, mudah-mudahan diberi peluanglah kan. Program UA semester ni jaklah ada BI. Ni first Degree UA, boleh dikatakan UA belum jumpa 'TIUN" belajar lagi sampai sekarang ni, macam manalah kalau begitu ? macam biasalah bah Jo. Ndak bah, tidak boleh tidak UA kena susun strategik juga untuk exam kali ini. Alhamdulillah Tuhan bagi kelebihan dalam diri UA iaitu semasa UA belajar sungguh-sungguh dan fokus sepenuhnya dengan izin-Nya sekejap jak masuk dan faham, terutamanya kalau subjek yang menggunakan Bahasa Arab. UA pun sudah azam, semester ni walau apapun yang berlaku pointer UA kena 3.50 ke atas juga. Macam mana ianya boleh berlaku ? yang ni hanya UA dan Tuhan sahaja yang tahu. Hasilnya boleh tengok semester akan datang. Ok bah kan Jo.

Cerita pasal tiket balik kampung pula, pada awalnya UA nak balik kampung selepas raya. Tetapi setelah fikir balik antara balik kampung selepas raya dengan harga tiket yang murah dan balik sebelum raya dengan harga tiket yang mahal yang mana pilihan tepat, maka UA pilih balik sebelum raya dengan harga tiket yang mahal. Sebab mahal bukan apa Jo, beli baru-baru ni juga kalau tempah awal-awal dulu boleh murah. Tapi ndak apa perkara dah berlaku, muktamadnya Insyaallah UA akan balik kampung Sabah Darul Hidayah pada 19 September, penerbangan dari LCCT pukul 14.10 Petang dan tiba pukul 16.30 di Kota Kinabalu. Kiranya UA bertakbir dalam Bus Express KK ke Lahad Datu. Ndak apa bah yang penting pagi raya dapat beraya dengan keluarga di kampung, dapat beraya dengan 'keluarga baharu' dan dapat ziarah pusara Bapa. Insyaallah semoga semuanya berjalan lancar. Semangat balik kampung sudah penuh, cuma semangat peperiksaan masih belum penuh, lagu mana ini bah ? UA kenal diri UA, kemampuan UA dan kelebihan UA. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku Ya Allah. Lembutkanlah hatiku mengingatiMU, permudahkanlah hafalan dan ulangkaji pelajaranku. Ya Allah, aku memohon kepadaMU pimpinlah kehidupanku sehingga nafasku yang terakhir. "Rabbana Zholamna Anfusana Wa Illam Tagfirlana Wa Tarhamna Lanakunanna Minal Khosirin". "La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inna Kunna Minaz Zholimin".

Selamat Maju Jaya wahai diri dalam Peperiksaan Akhir Semester dan Ramadhan kali ini. Hidup Bersama Ilahi..... ;-)

Selasa, 23 Jun 2009

Orang Sabah BermuhaSabah Diri

Alhamdulillah, Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Alihi Wa Ashabihi Ajmai'n.

Jam ketika ini menunjukkan dah pukul 1.19 Subuh. Usia UA bertambah sehari lagi. Pada awalnya tadi nak tidur, tapi rasa perlu mencatat sesuatu di ruangan ini. So, niat yang suci tu perlu dilakukan gak. Akhir-akhir ni, terdengar pelbagai reaksi tentang kemasukan UA semula ke Bumi KUIS. Reaksi yang bagaimana ? tidak perlu UA sebutkan di sini, cuma UA ingin menyatakan beberapa perkara berkaitan hal ini.

Sebagai insan biasa, seperti antum jua. UA hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Terngiang-ngiang suara beberapa orang Ustaz KUIS ketika UA bertemu mereka sebelum ini, ada yang berkata. "Yang penting anta sambung belajar". "Teruskan belajar walau di mana jua" dan "Walau di mana anta sambung belajar, yang penting anta bijak merebut segala peluang yang terbentang luas". Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), lembah ilmu yang UA amat cintai dan telah banyak mematangkan diri UA khasnya dalam hal kepimpinan dan lembah ilmu inilah UA bertemu dengan insan yang UA amat kasihi dan sayangi kerana-NYA. KUIS, sekali lagi dirimu menjadi pilihan UA. Siapa sangka semua ini berlaku ? Kun Fayakun (kehendak Tuhan), teringat semasa UA berada di akhir semester 6 yang lepas, yang mana UA tidak terniat pun nak sambung KUIS. Sebaliknya UA sibuk, dan menyibukkan diri dengan mencari kerja, waktu tu fikir nak kerja dulu. Macam-macam jawatan yang dah dipohon, UITM Shah Alam, Putrajaya, Majlis Sukan Negara, Bandar Baru Bangi dan sebagainya, semua dah di cuba. Jawapan yang diterima ? Semua tak bagi respon. Di saat itu, jiwa dah mula berkata, hikmahnya UA kena sambung belajar gak ni. Tapi kat mana ?????, luar @ dalam ? nak sambung IPTA berbekalkan CGPA 3.64. takde masalah. La ba'sa, Akhirnya, dengan izin-Nya Dhomair UA berkata, ya Umar Azihal Bangsawan anta fi K.U.I.S. "Fa Iza Azamta Fatawakkal Alallah".

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua menjadi program pliihan, timbul persoalan apasal sebelum ni Dakwah tiba-tiba bertukar program. La ba'sa, Dakwah setiap saat, adapun bahasa Arab, UA nak fokus pula kepada Bahasa Al-Quran ni. Mudah-mudahan suatu hari nanti ia memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Pada tarikh 08 Jun 2009 yang lepas, UA rasmi semula bergelar Mahasiswa KUIS. Sakarang, mula sudah bah UA masuk kalas.

Pada awal kemasukan sebelum ini, ada juga fikiran nakal dan mungkin kesan baru tamat pengajian peringkat Diploma, iaitu terfikir tak nak aktif macam dulu, tak nak pegang japa-apa jawatan yang pelbagai macam diploma dulu. Hampir dua minggu berlalu, terasa bahang gerakan dakwah kampus seperti mana yang pernah di rasai suatu ketika dahulu. Siapa kita untuk tidak mahu terlibat dalam gerak kerja Dakwah kampus ini ? Melihat landskap Politik Kampus KUIS yang ada pada hari ini, UA terpanggil untuk terlibat dalam gerak kerja mengekalkan biah Solehah KUIS yang semakin hari semakin terhakis ini, sebelum ia hilang dan tidak dapat diselamatkan lagi. UA perlu turut serta bersama dengan Mahasiswa-mahasiswa yang inginkan Islam memimpin KUIS dan perubahan. Siapa mereka ? siapa sahaja Mahasiswa KUIS yang ada mempunyai usaha ke arah itu. Ya Allah, ampuni dosa-dosa hamba-Mu yang lemah ini.

Jawatan adalah Amanah, UA sering memikirkan perkara ini ketika memikul sesuatu jawatan sama ada dalam atau luar kampus. DI Bumi KUIS, boleh sahaja UA terlibat dengan pelbagai persatuan bermula daripada persatuan anak negeri UA, iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB), persatuan 'Khadam-khadam Masjid' iaitu Al-Azhar Members (ALAM), PERSADA, PMFBMK dan sebagainya. Untuk bergerak dalam gerak kerja Dakwah kampus, pada UA perlu berada dalam kelompok Mahasiswa @ persatuan. UA mengimpikan yang suatu hari nanti KUIS akan wujud suasana Pro. Mahasiswa dam Aspirasi (Pro. Puak-puak pentingkan diri sendiri) itupun kalau puak ni adalah kan, tapi kat KUIS puak ni ada ke ?.

Impian UA yang lain pula ialah, mengharapkan seluruh persatuan Mahasiswa bermula daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) sehinggalah Kelabnya mampu mengaplikasikan Kesatuan Cara Berfikir dan Kesatuan Gerak Kerja atau Tindakan. Perjuangan lebih kepada kebajikan warga KUIS, Amar Ma'ruf Nahi Munkar, Berani bersuara menuntut Hak Kebajikan Mahasiswa KUIS daripada pihak pengurusan dan yang seumpama dengannya.

Sebut tentang gerak kerja Dakwah kampus ni, teringat ALAM sekali lagi. ALAM sebagai satu persatuan dibawah naungan Masjid Al-Azhar KUIS, kini telah menjadi sebutan di bumi KUIS. wujud pandangan Pro dan Kontra terhadap gerak kerja ALAM oleh warga KUIS terutamanya Mahasiswanya. UA sebagai Mantan Presiden ALAM sebelum ini, terkesan oleh perkara inij. Setakat yang UA tahu sejak dahulu hingga hari ini, UA melihat ALAM tidak pernah mencari musuh apatah lagi ingin bermusuh. Jujur pada pandangan UA, keadaan KUIS kini semakin merisaukan dan semakin mencabar kepada gerakan Dakwah kampus sendiri. Kerana apa ? Bilangan warganya yang berpelbagaian latar belakang keluarga, budaya, bangsa dan negeri dah semakin bertambah. Etika pelanggan setengah pengurusan yang semakin teruk, yuran pelajar yang semakin 'mentekak darah', ketidak seriusan setengah pengurusan terhadap Amar Ma'ruf Nahi Munkar kampus, kurangnya kesedaran Mahasiswa KUIS terhadap peri pentingnya Politik Kampus, kelembapan pimpinan Mahasiswa KUIS dan yang seumpama dengannya.

Pro dan Kontra warga KUIS terhadap ALAM telah UA sebutkan pada tulisan sebelum ini. Cuma UA ingin menekankan dan menegaskan di sini. Sesiapa atau mana-mana persatuan Mahasiswa termasuklah MPM dan JPM yang tidak berpuas hati dengan ALAM, jangan cakap belakang bah. Kita Profesional, bincang semeja dan cakap berhadapan. Sedih bila mendengar wujudnya pimpinan Mahasiswa KUIS yang mengumpat dan cakap-cakap tentang ALAM melalui pintu belakang. Tak elok, 'Jangan main belakang, bab ia sangat bahaya'. kita main depan no... kelebihannya, kita boleh berbincang dengan elok dan profesional.

" Gerakan Dakwah Menuju Nusrah Ilahi "

Isnin, 15 Jun 2009

Pro dan Kontra Al-Azhar Members (ALAM)

Tambah Gambar
Alhamdulillah, segala jenis puji hanyalah untuk Tuhan yang Maha Esa dan Kuasa, sudah tentulah kepada Allah s.w.t. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat Baginda.

Hari ini hari Isnin, 15/06/2009 bertempat di Auditorium Pentadbiran pada pukul 9.00 malam akan diadakan Malam Ukhuwwah perdana ALAM, yang membawa tema "Semarakkan Ukhuwwah, Gerakkan Dakwah". Antara objektif utama program ini ialah menghimpunkan seluruh pimpinan Mahasiswa KUIS dan warga KUIS untuk bersama-sama menyemai dan menanam kesatuan fikrah untuk melakukan anjakan paradigma dalam cara berfikir dan keberanian bersuara dan seterusnya mewujudkan kesatuan amal dalam gerka kerja memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa KUIS. Selain itu adalah untuk membangkitkan kesedaran MahaisiswaMahasewel. Tajdid yang cantik dan baik, yang mana pihak penganjur program telah mengedarkan surat jemputan kepada seluruh persatuan mahasiswa KUIS termasuklah MPM sendiri. Harapan UA agar mereka semua menerima jemputan tersebut dan dapat menghadirkan diri.

ALAM melangkah setapak lagi dengan penganjuran program tersebut. ALAM selaku peneraju Dakwah kampus sudah tentu berhadapan dengan pelbagai bentuk karenah sama ada dari pimpinan mahasiswa, warga KUIS mahupun pengurusan KUIS. Begitu juga dengan penerimaan warga KUIS terhadapa ALAM. Ada yang berpandangan ALAM adalah persatuan yang ekstrem, persatuan yang poyo, persatuan yang menekankan politik, persatuan yang asobiyah dan lain-lain lagi. Tidak kurang juga wujudnya pandangan yang sebaliknya. Apapun warga KUIS berhak untuk menilai tentang ALAM. Cuma UA memohon lakukan kajian terlebih dahulu, sebelum menghukum kerana kita adalah Mahasiswa. Mahasiswa sering dikaitkan dengan penyelidikan sebelum membuat sesuatu keputusan. Janganlah kita mudah mneghukum tanpa ada kajian terlebih dahulu sebaliknya mendengar dari mulut si fulan @ si fulanah lalu menjadi Pak Sanggup bahkan menjadi Pak Turut untuk turut menghukum dengan ikut sedap mulut sahaja.

Sebaik-baik perkara adalah bersederhana, ALAM mengaplikasi pendekatan dan hal ini dalam gerak kerjanya. Islam (syariah Islamiah) menjadi dasar utama perlembagaan ALAM, ALAM mengajak kepada Masjid bukan Disko apatah lagi Kompleks membeli belah. Setiap program ALAM dengan kerjasama padu masjid Al-Azhar semuanya diJAMIN halal dan baik, mana tidak program Halaqah Mathurat, Usrah 2 kali seminggu, Iftar Jamaie' 2 kali seminggu juga, Karnival Jom Ke Masjid, gotong royong Masjid, Jejak Ashabul Khafi dan banyak lagi. Pendek kata ALAM mengajak warga KUIS kepada RUMAH ALLAH S.W.T.

Seperkara lagi, yang sedihnya apabila ada mahasiswa KUIS khasnya dan Malaysia amnya, yang menolak politik daripada kehidupan. Politik kotor adalah propaganda musuh Islam yang bertujuan agar umat Islam memisahkan politik daripada kehidupan, agar umat Islam membenci politik dan mengenepikan politik daripada kehidupan. Nabi kita berpolitik, dan dalam konteks Mahasiswa kita perlu mahir dan tahu serta faham "POLITIK KAMPUS". Ingat, bahawa kita berprogram, mesyuarat, bermuamalah dan sebagainya semuanya itu adalah diantara politik. Ini adalah pandangan UA berhubung hal yang sepatutnya kita dah fahami dan tidak perlu dipersoalkan lagi. ISLAM bersifat Syumuliah (lengkap).

Sebagai Mahasiswa kita berhak membicarakan tentang Ekonomi, Sosial, Perundangan, Hiburan, Budaya dan begitu jugalah politik. Gerak kerja ALAM meliputi kesemua perkara yang tersebut diatas, iaitu ia merangkumi segenap aspek kehidupan. Lumrah dalam meneruskan kerja Nabi, akan didepani oleh mehnah dan tribulasi yang terkadang semuanya itu adalah untuk menguji kekuatan iman, kekentalan jiwa dan kesabaran hati. ALAM menjadikan 'Bekerja Untuk Islam Kerana Allah' sebagai prinsip dalam bergerak kerja. Habuan, pujian, ganjaran berbentuk material, wang ringgit bukanlah Hadaf (Tujuan) apatah lagi populariti. ALAM sedar tugas Dakwah ini tidak disambut dengan paluan kompang, permaidani merah apatah lagi emas dan pangkat kebesaran.


Visi ALAM adalah menjadikan Masjid Al-Azhar sebagai pusat aktiviti seluruh mahasiswa KUIS, dengan erti kata Masjid yang BESAR ditengah-tengah KUIS ini mampu menjadi HATI KUIS yang hidup, bukan mati. Menjadi tempat yang diminati, disukai dan sering dikunjungi oleh warga KUIS. Teringat isi ceramah Ustaz Syarul Azman baru-baru ini. Di bumi KUIS terdapat banyak peluang kejayaan dan juga kegagalan, terpulang untuk kita memilihnya.

Tugas dan tanggungjawab untuk memastikan Masjid Al-Azhar sebagai HATI KUIS yang Hidup adalah tanggungjawab semua pihak bukan sahaja AJK Masjid dan ALAM malahan semua pihak bermula daripada pihak pengurusan, Majlis Perwakilan Mahasiswa. Persatuan Mahasiswa Fakulti, Anak Negeri, Kelab dan lajnah serta warga KUIS secara keseluruhannya. Berapa peratus jumlah Mahasiswa KUIS yang menetap di Qoryah atau B.O.T solat berjemaah Masjid. Adakah fenomena ini ingin kita biarkan berterusan ???

Sehubungan itu, ALAM dengan kerjasama Masjid Al-Azhar sentiasa berganding bahu mencari jalan penyelesaian kepada situasi tersebut dan yang seumpama dengannya. Sekali lagi, adakah ini tanggungjawab ALAM dan Masjid sahaja ??? Pihak yang brwajib perlu lebih agresif, berani dan tegas dalam hal ini demi melihat KUIS membangun seiring dengan pembangunannya yang pesat. Pemangkin Tradisi Ilmu juga menjadi motto keramat KUIS.

Salam Kasih Sayang dan Salam Perjuangan.

Selasa, 17 Mac 2009

Salam Kasih Sayang

Alhamdulillah, allahumma solli ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Rasanya dah lama UA tak menulis diruangan ni, almaklum ketika ni UA dah ada kat Kampung, untuk dapatkan Internet kena gi bandar. nak gi bandar kena melalui pelbagai prosedur pulak dah. Ok, tulisan kali ni sekadar nak memenuhi ruangan dan nak gerakkan jari jemari yang dah lama tak menyentuh keyboard ni.

Kepada adik-adik ALAM dan 'Gerakan Mahasiswa' jadikan cuti yang ada ni sebagai waktu untuk kita melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Seperkara lagi, adik-adik kenalah menyusun strategik untuk gerak kerja akan datang, sediakan sampan sebelum banjir.

Sebelum balik Sabah hari tu, UA sempat mengikuti satu program adik-adik ni kat 'Pusat Ta'lim wat Tarbiah' kat KL. Melihat semangat dan kesungguhan seluruh peserta, UA yakin mereka dah mula memahami erti perjuangan yang sering kali diwar-warkan dalam agama. Sehubungan itu, kepada adik-adik yang terlibat dalam program tersebut, jadikan segala apa yang telah diprolehi dalam program tersebut sebagai panduan hidup, dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan sahari-harian. "Kejayaan tidak akan datang bergolek".

Pesanan kat adik-adik ALAM :
Persiapkan dirimu dengan kekuatan fizikal dan mental. Hubungan dengan Tuhan diintimkan, banyakkan pembacaan agar ilmu yang ada bertambah, dan pastikan gerak kerja antum semua selepas ini berdasarkan arahan yang berpusat bagi mengelak kekhilafan dan 'buang masa'.

Insyaallah, UA akan bertolak semula ke semenanjung pada 29hb ni. Mudah-mudahan semua akan berjalan lancar. K. cukup sekadar tu, UA pun dah nak kuar. Ada masa kita akan bawakan isu-isu panas kat Sabah yang dah dijajah teruk oleh UMNO dan BN. Sedih...sedih...sedih... sangat UA melihat penjajahan di bumi sendiri ni.

Salam Kasih Sayang kepada Tentera-tentera Allah di bumi KUIS dan diseluruh dunia.
Ilal liqoi' Maas Salamah.

Isnin, 2 Mac 2009

Tak perlu tambah Universiti : KUIS bagaimana ?


Alhamdulillah, allahumma solli ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Bertemu lagi, tulisan UA kali ini hanyalah nak kongsi maklumat terkini. Semalam akhbar kerajaan 'Berita Harian' melaporkan bahawa kerajan Malaysia tidak akan menambah jumlah Universiti di negara ini. Bermaksud, KUIS untuk jadi U bagaimana ? sekadar nak kita berfikir. Hikmahnya, masing-masing boleh fikir deh. Berikut adalah antara petikan dalam laporan akhbar tersebut ;

Kerajaan tumpu mantap pembangunan prasarana, modal intelektual.

KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan menambah bilangan universiti awam serta swasta kerana jumlah yang ada sudah mencukupi. Sebaliknya kata Timbalan Perdana Menteri, kerajaan akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memantapkan pembangunan prasarana dan modal intelektual. Beliau berkata, pada ketika ini ada 20 universiti awam dan 21 universiti swasta di seluruh negara.

"Bilangan universiti sekarang ini sudah cukup dan tidak ada keperluan lagi (untuk bina universiti baru). Setiap negeri sudah ada universiti termasuk negeri yang diperintah pembangkang. "Sekarang masa beri tumpuan supaya universiti yang ada ini menjadi pusat kecemerlangan akademik dan melahirkan pelajar yang hebat dalam akademik serta benar-benar terdidik dan mempunyai nilai tambah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini, semalam.


Mudah-mudahan berita ni tidak membantutkan proses KUIS nak ke 'U' kan. Apapun Doa senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita doa deh... Aamin Ya Rabbal A'lamin.

Rabu, 25 Februari 2009

Insan Memandang Mempunyai Berbagai Tafsiran


Alhamdulillah allahumma solli ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Rasanya dah lama UA tak menulis diruangan ini. Alhamdulillah, akhirnya diizinkan-Nya juga menulis. Sebentar tadi UA membuat sedikit ulangkaji untuk Exam esok subjek Psikologi Dakwah, rehat kejap untuk baca blog adik-adik ALAM yang dikasihi. Pelbagai tajuk dan tulisan yang mereka 'cipta'. Apapun kesemua menunjukkan kematangan dalam penulisan dan perkongsian pandangan. Tahniah.

Tajuk diatas "Insan Memandang Mempunyai Pelbagai Tafsiran", satu penyataan yang umum. Cerita, kisah dan susah senang hidup kita, sudah tentulah kita lebih mengetahuinya berbanding orang lain. Terkadang juga kita dikatakan berubah. Pada UA semua manusia akan berubah, kerana perubahan fizikal, keadaan, masa dan tempat. Perubahan-perubahan tidak wajar untuk dijadikan dalil utama sesorang itu telah berubah pada jati dirinya atau prinsip hidupnya. Jadi, kita bertanya adalah lebih elok dalam hal ini, dan memang tidak dapat dinafikan terkadang kita dinilai oleh masyarakat sekeliling dan sudah tentulah mereka mempunyai persepsi yang tersendiri. UA sendiri akur untuk kita memberikan penjelasan perkara sebenar kepada masyarakat sekeliling tentang perkara sebenar yang berlaku pada diri kita kepada mereka adalah mustahil. Apapun, inilah kehidupan bak kata lagu nasyid Mestica :

Dalam derita ada bahagia Dalam gembira mungkin terselit duka Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu Bibir mudah mengucap sabar Tapi hatilah yang remuk menderita Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran Segala takdir terimalah dengan hati terbuka Walau tersiksa ada hikmahnya Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu Setiap masa diuji tahap keimanan Sedangkan ramai terbiar dilalaikan Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta Mendapat rahmat-Nya Allah itu mendengarkan rintihanmu berpanjangan Bersykurlah dan tabahlah menghadapi ujian.

Pada UA sangat berbeza orang yang bertanya dan menyelidik terlebih dahulu kemudian menghukum dengan orang yang menghukum terlebih dahulu tanpa bertanya dan mengkaji perkara sebenar, pendek kata ikut sedap mulut je. Jalan 'Cerita' hidup kita, kita yang lebih tahu berbanding orang lain. Wajar untuk kita menerimanya dan mengamalkannya, tetapi jika ia tiada perubahan maka lebih baik tinggalkanlah ia kerana ia boleh 'membantutkan cara berfikir kita'. Masa yang ada ini, fikirlah apa yang perlu dan utama sahaja dan ketepikanlah orang-orang yang tak faham dan yang tak mengenali diri kita, walaupun kita dan mereka dah lama mengenali. Sahabat dan kawan dua perkara yang sangat berbeza. Kita di mana ?

Teringat pesanan Ustazah UA semasa di pondok 6 tahun yang lepas : Nak kenal seseorang manusia Ada yang mengambil masa cepat sederhana, lama dan yang paling menyedihkan Sampai mati pun kita tak kenal dia. Mengapa ia berlaku ? Kita fikirlah bersama, untuk mengubah cara berfikir kita.

Doakan diri kita semoga berjaya dalam peperiksaan akhir semester Dan juga peperiksaan Kehidupan ini, "Gagal" @ "Lulus", Husnul Khatimah awil Aks ???

Selasa, 13 Januari 2009

Wahyu dijadikan Dasar dan Dustur kehidupan

Himpunan Warga KUIS menentang Kezaliman Zionis


Alhamdulillah, allahumma solli ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'in.

Kekejaman rejim Zionis laknatullah terhadap keluarga kita di wilayah Gaza, Palestin semakin bebal, kejam, zalim dan 'Babi'. Akhbar Berita Harian, hari ini sahaja melaporkan seramai 905 orang saudara kita telah Syahid manakala 3 950 orang saudara kita cedera ketika ini. Berikut adalah antara laporan dalam berita tersebut ;

Serangan 17 hari askar Israel ranapkan wilayah Gaza

BANDAR RAYA GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terkorban dalam perang dilancar Israel ke atas Gaza sejak 17 hari lalu melepasi angka 900 semalam, ketika negara Yahudi itu mengerah askar simpanannya untuk dihantar ke wilayah Palestin berkenaan.

Ketua perkhidmatan penyelamat di Gaza, Muawiya Hassanein, berkata setakat semalam, 905 rakyat Palestin terkorban dan 3,950 cedera.

"Sekurang-kurangnya 277 kanak-kanak adalah antara yang terkorban," katanya.


UA melihat seluruh dunia mengutuk pencerobohan, serangan dan kekejaman rejim zionis laknatullah ini. Alhamdulillah, semalam telah diadakan sidang Parlimen Malaysia usul menentang kekejaman Israel terhadapa Gaza, satu perkembangan yang baik. UA berdoa semoga usul dan perbahasan sidang Parlimen semalam bukan retorik semata-mata tetapi ia satu usul yang disusuli dengan tindakan yang sewajarnya.

Dalam konteks Institusi Pengajian Tinggi pula, KPT telah mengizinkan IPT seluruh mengadakan program-program berbentuk menentang kekejaman rejim Zionis ini seperti Demonstrasi, Ceramah, Rapat Umum dan sebagainya. Pada 09 Januari yang lepas, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah menganjurkan Himpunan Raksasa Mahasiswa Malaysia menentang Kezaliman Zionis terhadap GAZA. Keterlibatan golongan Mahasiswa dalam perhimpunan tersebut mencecah 5 000 orang. Selain itu, beberapa IPT juga telah mengadakan program seumpama itu seperti di UIAM, UITM, UKM, UM dan sebagainya.

KINI !!!!! di bumi KUIS. Al-Azhar Members dengan kerjasama Masjid Al-Azhar akan mengadakan Himpunan Warga KUIS Menentang Kezaliman Rejim Zionis terhadap Gaza di Palestin. Himpunan tersebut Insyaallah akan diadakan pada 16hb Januari ini (Jumaat) bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.45 tengahari. Antara Objektif utama Himpunan ini adalah untuk mempertingkatkan kesedaran warga KUIS terhadap peripentingnya kita mempertahankan bumi al-Aqsa dan rasa 'Kebersamaan' kita dengan keluarga kita di Palestin.

Semalam sahaja UA bertemu Penasihat ALAM selaku Nazir Masjid Al-Azhar, Ustaz Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah. Beliau menyokong sepenuhnya himpunan tersebut. Insyaallah UA bersama adik-adik seperjuangan di ALAM akan berusaha sedaya upaya memastikan himpunan ini berjalan seperti yang dirancang, baik dan aman.


Kepada seluruh warga KUIS bermula dari pihak atasan sehinggalah bawahan. JOM ! kita berhimpun bersama menentang kezaliman rejim Zionis terhadap Saudara kita di Palestin.

Hancur...hancur..... Rejim Zionis Laknatullah a'laihim. al-Fatihah buat para Syuhada.

Sabtu, 10 Januari 2009

Wajah Keluarga Aku di Palestin

Wahai diri, bangkitlah dari tidurmu,
saudaramu di Palestin tiada masa untuk tidur,
mempertahankan negaranya dari dicerobohi
oleh Yahudi laknatullah, sehingga mereka Syahid.

Ya Allah, adik-adikku, abang dan kakakku serta orang tuaku
di Palestin berjuang mempertahankan
hak dan negara kami
sehingga mereka syahid, tetapi di mana aku ?????????



Aku masih sempat tidur dengan nyenyak,
Aku masih mampu makan minum dengan kenyang,
tertawa dan tidak ambil peduli kepada keluarga di Palestin,

Ya Allah, aku adalah anak dan saudara seislam yang ZALIM dan KEJAM
Wahai diri !!!!! lihatlah ayah dan adikmu ini !!!!!

Ya Allah, Yahudi membunuh adikku,
lihatlah !!! peluru yang menembusi kepala adikku itu.
Wahai diri !!! lakukanlah sesuatu sebagai tanda dirimu bersama mereka,
"Doa senjata bagi orang beriman."
Tunjukkan yang engkau bencikan Yahudi laknatullah.
Hancur...hancur Yahudi, hancur...hancur... Amerika.
Jahanam... jahanam... jahanam semua Zionis.





Wahai Penduduk Palestin, Kami Bersama Kamu

Senyum Mujahid Islam as-Syahid
Syeikh Ahmad Yasin
Maksud Firman Allah swt :
"Dan janganlah kamu berkata, orang-orang yang
mati di jalan Allah swt itu Mati.
Sebenarnya mereka hidup tetapi kamu
tidak menyedarinya."
(al-Baqarah : 154)


Maksud Firman Allah swt lagi :
"Wahai orang-orang beriman ! mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih.
Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah
dengan harta dan jiwanya. Itulah yang lebih baik bagi kamu,
jika kamu mengetahuinya."
(as-Shaff : 10-11)






Sabtu, 3 Januari 2009

Bekerja untuk Islam kerana Allah


Alhamdulillah, allahumma solli wa sallim ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Pertama dan selamanya UA memanjatkan kesyukuran kepada-Nya atas segala nikmat, kurniaan, anugerah, rezeki dan pemberian-Nya kepada UA. Allah SWT Tuhan yang maha Esa dan Kuasa. Selawat serta salam keatas Nabi junjungan Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda yang mulia. kesejahteraan kepada seluruh pejuang Islam yang telah menggabung dan mewakafkan diri mereka dalam perjuangan mendaulatkan Islam di muka bumi ini.

Penyataan bekerja untuk Islam kerana Allah, adalah ayat yang berbentuk Tarbiah. Mendidik kita untuk sentiasa sedar yang kita umat yang dimuliakan dengan Islam dan mendidik kita bahawa hakikat hidup kita adalah kerana Allah s.w.t semata-mata. Ia juga mengajak lintasan hati, minda dan gerak kerja jasad kita semuanya untuk Allah swt semata-mata. Sebelum ini UA ada menyebut, "Jangan bercerita tentang perjuangan sekiranya tidak sanggup berkorban". Ayat ini juga umum, kita selalu mendengar 'perjuangan', perjuangan ni apa makhluk ???

Pada UA, perjuangan di sini bermaksud mujahadah (kerja sungguh-sungguh) kita dalam mengaplikasikan Akidah, Syariah dan Akhlak Islamiyah dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia kita. Sehubungan itu, dalam hal ini tidak boleh tidak ia bermula dengan diri kita sendiri. Kesedaran untuk berubah dan bertindak perlu ada dalam diri sebagai titik tolak untuk kita terus ke hadapan agar bersama memahami, mengikuti, menghayati dan menjiwai perjuangan tersebut. Kerana apa ? kerana sudah tentu orang yang berjuang dengan tidak berjuang berbeza bukan ?

Perjuangan yang dilakukan tanpa ada mehnah dan tribulasinya bukanlah perjuangan namanya. Ketahuilah perjuangan ini memerlukan pengorbanan kita masing-masing, pengorbanan yang bagaimana ? suka UA menghuraikan hal ini dalam konteks sebagai mahasiswa. UA dan adik-adik yang bergelar mahasiswa ketika ini dan yang terlibat dalam perjuangan, perlu mengorbankan masa, harta dan jiwa kita. Kita perlu bertukar dari biasa kepada luar biasa, bukan untuk orang lin tetapi untuk diri sendiri. Daripada tidak bijak mengurus masa kepada menghargai dan menguruskan masa, tidak yakin kepada berkeyakinan, mahir dalam berkomunikasi, tenang dan yakin mendepani cabaran hidup dan kepada sentiasa merasakan Allah setiap saat mengiringi kehidupan kita. Indahnya hidup bersama Ilahi.

Bercerita tentang tahap kekuatan perjuangan dalam pengaplikasian Akidah, Syariah dan Akhlak Islamiyah itu tadi dalam diri, keluarga, masyarakat dan bangsa kita. Ia banyak bergantung kepada usaha dan penilaian masing-masing. Bagi mereka yang Istiqamah, sudah tentu mereka lebih matang dan kenal tentang perjuangan berbanding dengan mereka yang On Off dan yang tidak terlibat langsung bukan ?

Persoalan yang timbul lagi ialah adakah gerak kerja perjuangan ini boleh dilakukan secara individu ? pada UA tidak kerana ia mustahil untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai. Oleh itu, perlulah UA dan adik-adik sekalian mencari dan melibatkan diri dengan satu kumpulan masyarakat, kelompok, organisasi, persatuan atau jemaah yang berjuang ke arah itu. Sebagai contoh, di bumi KUIS kelompok masyarakat atau persatuan manakah yang kita rasa sesuai untuk kerja-kerja perjuangan ini, yang mana mereka mengajak kita bekerja untuk Islam kerana Allah, bukan kerana balasan material yang bersifat sementara, puji-pujian manusia, kemewahan, harta dan penghormatan makhluk. Kelompok masyarakat yang mempunyai sistem yang tersusun dan mengikut sunnah Rasulullah. Insyaallah jika kita mampu menggabungkan diri kita dalam sebuah jemaah (kelompok masyarakat) itu tadi, kita akan menerima banyak hikmah dan kelebihan antaranya, kita semakin matang dalam kehidupan, jatuh bangun kita ada sahabat yang mendorong kita, kita bekerja bukan atas dasar semangat semata-mata tetapi atas dasar ilmu, sistem yang tersusun (manhaj) dan tarbiah Islamiyah, dan kelebihan yang terakhir ialah semakin kita bekerja dan belajar, maka kita akan merasakan diri kita semakin perlukan Tuhan dalam kehidupan, semakin kecil, jahil, banyak kekurangan dan sentiasa menginginkan Kasih Sayang Ilahi yang ABADI, bukan lagi kasih sayang makhluk yang SEMENTARA.

Hakikat diri UA dan adik-adik semua, masih banyak kekurangan diri kita dari segi ilmu, tarbiah, akhlak, dan beberapa kemahiran yang lain. Wajarkah kita sibuk bekerja sehingga kita semakin jauh dari Allah s.w.t ? Jika kita merasakan kitalah bijak, masih ada yang lebih bijak daripada kita. Jika kita merasakan kitalah yang berkuasa, masih ada yang lebih berkuasa daripada kita dan jika kita merasakan setiap detik lintasan hati, minda dan tindakan kita tiada yang tahu, kita silap. ALLAH SWT maha berkuasa setiap sesuatu, KUN FAYAKUN.

UA dan adik-adik sekalian boleh mati, gila, cacat, koma, pitam, hilang ingatan dan sebagainya bila-bila masa sahaja. Oleh itu, pastikan cara berfikir dan tindakan kita semuanya untuk Islam kerana inginkan keredhaan Allah s.w.t bukan selain dari itu. Akhirnya, kita dimuliakan dengan Islam, maka janganlah kita mencari kemuliaan dan penyelesaian salain Islam (wahyu), jika ini yang berlaku tunggulah azab dan seksaan daripada Allah s.w.t kepada kita.

Buka minda, kenali siapa diri kita yang sebenar ?????????

Putera, Jejaka, Lelaki dan Hamba acuan Wahyu

Alhamdulillah, allahumma solli ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Mari kita fahami, hayati dan jiwai tulisan dalam gambar ini;



Oleh itu ;
Bagaimana hubungan kita dengan Allah s.w.t ?
Bagaimana hubungan kita dengan Rasulullah s.a.w ?
Bagaimana rasa kebersamaan kita terhadap sesama insan dan makhluk ?

Insyaallah pada tulisan UA akan datang akan menghurai persoalan ini. Bersambung.....

Khamis, 1 Januari 2009

Perjuangan Memburu Syahid

Subhanallah wal Hamdulillah wa Allah Akbar, wa la Hawla wa la Quwwata illa billahil A'zhim.

Serangan kejam rejim Zionis Yahudi LAKNATULLAH A'LAIHIM terhadap saudara-saudara seakidah UA dan kita semua di Palestin akhir-akhir ini sekali lagi menggemparkan dunia. Hakikatnya, serangan itu telah berlaku dan bermula sejak dahulu lagi.

Musuh kita (umat Islam) iaitu Zionis sememangnya tidak akan redha kepada kita semua, selagi kita tidak mengikuti jejak langkah mereka. Puak yahudi dan nasrani ini setiap saat dan waktu berfikir bagaimana untuk menjatuhkan dan membinasakan umat Islam. Sebagaimana firman Allah swt :

"Dan orang-orang yahudi dan nasrani TIDAK akan redha kepadamu (Muhammad) sehingga engkau mengikuti agama mereka." (al-Baqarah : 120)

Sebagaimana yang UA dan semua ketahui, setiap ayat al-Quran yang ditujukan kepada Nabi kita ia juga merujuk kepada kita semua sebagai umat Islam. Perlu diingat juga bahawa kalimah 'TIDAK" (Lan) dalam ayat tersebut menunjukkan kepada tidak untuk selama-lamanya sehingga hari kiamat. Jadi, mereka setiap saat berfikir untuk melemah dan membinasakan kita umat Islam, adakah kita perlu berdiam diri ???

Bangkitlah wahai Insan, janganlah zon selesa ini menyebabkan kita lupa nasib saudara kita di luar sana seperti di Palestin, Afghanistan, Iraq, Filipina, Selatan Thai dan sebagainya. Janganlah kita menjadi umat Islam yang tiada setitik pun rasa 'KEBERSAMAAN' dengan saudara-saudara kita tersebut. Apa yang kita mampu lakukan banyakkan solat hajat dan berdoa untuk mereka, kerana inilah senjata yang mampu kita kirim untuk mereka.

Ya Alllah, marilah kita merasai semangat setiap penduduk Palestin ketika ini, bermula dari yang kecil hingga yang tua bersemangat mempertahankan negara mereka daripada dicorobohi oleh musuh. Semangat jihad mereka begitu tinggi, sebiji batu yang dilontarkan kepada musuh bagi mereka adalah senjata yang boleh membawa kemenangan kepada mereka iaitu kemenangan di sisi Allah swt. Itulah mereka, RAKYAT PALESTIN yang memburu Syahid di jalan ALLAH SWT. Kita pula memburu apa ???

Buka minda, jangan tidur..... SEDARLAH DIRI, banyakkan berdoa untuk diri dan mereka.........

Azam Itu dan Ini, tercapai ke ?

Alhamdulillah, allahumma solli ala Saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.


Salam Maa'l Hijrah 1430H, salam awal Muharam dan tahun baru 2009 Masihi, semoga ketibaan tahun baru ini akan menyemarakan lagi semangat UA dan adik-adik sekalian untuk kita lebih memajukan kita dalam setiap amalan soleh yang kita lakukan. UA pasti semua dah tanam azam dan tekad untuk berubah ke arah kebaikan kan.

Perubahan dari yang kurang baik kepada yang baik dan dari yang terbaik kepada yang paling terbaik. Contohnya mungkin sebelum ni kita jarang baca al-Quran kepada rajin baca al-Quran, jarang atau tak pernah 'Bangun Malam' kepada rajin Qiamullail untuk berkasih sayang (menitiskan airmata) kepada-NYA, kurang keyakinan diri kepada yakin terhadap kemampuan diri sendiri, tak dengar cakap mak ayah kepada patuh kepada mak ayah (sami'na wa ato'na) dan paling penting dari hamba yang kurang mengingati-NYA kepada hamba yang 24 jam sehari semalam, setiap hari mengingati-NYA. Mustahilkah perkara ini kita lakukan, nak sebilion daya, tak nak sebilion dalih.

Seperkara lagi, realiti umat masyarakat pada hari ini, khususnya umat Melayu Islam, di negara kita mereka lebih suka menyambut dengan meriah dan semangat yang tinggi akan tahun baru Masihi berbanding Hijriah. Jadi, kita nak tergolong dalam golongan mana ? meriahkan sambutan Maal Hijrah 1430H @ sambutan Tahun Baru 2009M. Kau.., fikir-fikirlah ah Jo !

Peringatan UA untuk diri sendiri dan adik-adik sekalian, sebelum ini mungkin kita malas atau mungkin takut ingat MATI. Jadi, sempena tahun baru ni rajin-rajinlah ingat MATI (zikrul maut) deh. Seperkara lagi, mungkin sebelum ni malas beristigfar ("Astagfirullah al-A'zhim") kepada rajin beristigfar (memohon keampunan dosa yang kita lakukan). Tahu tak bila kita MATI ????? UA pun tak tahu...entah-entah pas menaip ni @ tengah malam kang, esok, lusa atau minggu depan Wallahua'lam.

Cuba kita hayati lirik lagu di bawah ni ;

Bila Izrail datang memanggil,
Jasad terbujur di pembaringan,
Seluruh tubuh akan menggigil,
Sekujur badan yang kedinginan.

Tiada lagi gunanya harta,
Kawan karib, sanak saudara,
Tinggal semua yang dikasihi.

SOLATlah kita, sebelum kita diSOLATkan.

Ingatlah !!! Sakaratul Maut, yang akhirnya ROH dan JASAD akan terpisah,
Ketika itu, kita sudah tiada NILAI (bukan Nilai N. 9 k).....

Buka minda, kenali potensi diri.....

Sedar Diri bah Jo


Alhamdulillah, Allahumma solli ala Saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya perancangan dua hari lepas untuk UA dan adik-adik seperjuangan ALAM untuk bermain futsal di padang futsal Vista telah terlaksana pagi tadi. Bermain sejam setengah bermula pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi tadi agak penat gak, tapi la ba'sa demi menyahut pepatah "Akal yang cerdas pada badan yang sihat".

Selepas bermain, semasa tengah berehat kami didatangi oleh seorang pakcik, pada awalnya pakcik tu sembang ngan adik-adik, pastu terdetik di hati UA nak gak join, lalu UA bangkit menuju ke arah mereka. Apa yang menariknya, pakcik ni seorang yang peramah dan berilmu. Apa lagi UA mengambil peluang tersebut untuk mengajukan beberapa soalan tentang kehidupan kat pakcik tu.

Pakcik ni namanya Haji Muhammad Noh. Asal Negeri Sembilan, mempunyai anak seramai 7 orang, 6 lelaki dan seorang perempuan (anak bongsu). 'Mantan' tentera (nak guna bekas tak elok pula kan), bernikah masa usia 22 tahun dan isterinya ketika tu 18 tahun. Pernikahan mereka berlansung pada tahun 1957, dah 51 tahun dah masih mampu mengekalkan kasih sayang dan rumahtangganya. Anak-anak Pakcik ni semua dah berumahtangga dan cucu beliau semuanya ada 18 orang. Diulang sekali lagi cucu beliau 18 orang, bukan anak tapi cucu k. banyak tu kawan !!!

Sebelum UA pergi jauh, tujuan penulisan UA kali ni lebih kepada mengajak diri UA dan sahabat-sahabat sekalian berfikir tentang perancangan dan persiapan yang PATUT, PENTING, WAJAR, UTAMA, RELEVAN, SESUAI dan WAJIB kita ada sebelum mendirikan Rumah samada ada tangga atau takde. Bukan apa, realitinya dan tak yeh berlapik-lapiklah ramai adik-adik dan kawan-kawan yang 'melibatkan' diri dengan dunia 'cinta kampus ni'. Ada yang berjaya dan ada yang retorik semata-mata, buang masa dan wang je. Bagi yang berjaya mereka ada matlamat yang jelas, sentiasa berpijak di bumi yang nyata, sedar diri dan "UTAMA TETAP UTAMA". UA tahu dan sedar dalam hal ini wujud pro dan kontranya. Apapun kita semua berhak bersuara.

Jadi, UA pun tak nak diri UA termasuk dalam golongan yang lalai mengingati Tuhan. Secara ringkasnya berikut adalah apa yang UA telah dapat daripada sembang-sembang, pandangan dan lontaran idea pakcik Haji Muhammad Noh pagi tadi ;

  1. Hubungan dengan ALLAH SWT perlu di utamakan.
  2. Sabar atas ujian dan bersyukur atas nikmat-Nya.
  3. Tuntut ilmu banyak-banyak, jangan malas !!!!!
  4. Ilmu Wajib diamal demi kejayaan hidup.
  5. 'La budda' ekonomi kena kukuh.
  6. Bertolak ansur.
  7. Sebagai lelaki kena menjadi pemimpin (dengan erti kata yang sebenar).
  8. Lelaki dan perempuan banyak perbezaan. Jadi, perlu banyak perbincangan duduk semeja ke, sekerusi ke atau selantai.
  9. Kuatkn diri dengan sentiasa berfikiran positif dan YAKIN bahawa rezeki dah ditentukan Tuhan, dengan syarat ada IKHTIAR dan USAHA = TAWAKKAL kepada-Nya.
Semoga perkongsian pengalaman UA pagi tadi dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada adik-adik sekalian. Tiada masa dah nak buang masa, rebutlah peluang yang ada ni sebaik mungkin ;
  • MUDA sebelum TUA
  • LAPANG sebelum SEMPIT
  • SIHAT sebelum SAKIT
  • KAYA sebelum MISKIN
  • HIDUP sebelum MATI
Jangan dah Beras jadi bubur baru menyesal. Tanya diri kita, wajarkah kekuatan jasadiyahku, ruhiyyahku, minda, semangat, keyakinan, rasa pantang dicabarku dan rasa ingin tahuku yang kuat ini, Aku arahkan kepada keGAGALan dan keLEMAHan ????? Buka minda, kenalilah potensi diri.....

PRK vs Kebejatan Moral


Alhamdulillah, allahumma solli ala Saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmai'n.

Alhamdulillah, akhir-akhir ni kehangatan dan kehangitan PRK KUIS telah mula dibicarakan oleh mahasiswa KUIS yang peka dan cintakan kampus mereka. Tulisan UA kali ini tidaklah memfokuskan kepada perkara PRK semata-mata, tetapi UA ingin kita berfikir satu isu atau masalah yang pada UA perlu diambil tindakan tegas, iaitu isu kebejatan moral dikalangan mahasiswa KUIS pada hari ini, dari aspek pergaulan, pemakaian, ko-kurikulum, keadaan di Qoryah dan yang seumpama dengannya.

Semasa UA mula-mula masuk ke bumi KUIS dahulu, senang mata memandang Biah Solehah KUIS ketika itu kerana agak sukar untuk melihat siswa dan siswi duduk berdua-duaan, siswi berpakaian tudung jarang dan singkat yang menampakkan 'Anugerah' Tuhan yang WAJIBnya tidak ditonjolkan, siswa yang berseluar pendek dan merokok di merata tempat, siswa dan siswi yang bukan mahram naik motor dan kereta bersama serta banyak lagi gejala sosial yang semakin hari semakin membimbangkan setengah warga KUIS yang cintakan Islam, dan dalam masa yang sama UA akur wujud setengah warga KUIS yang tidak ambil tahu dan membiarkan hal ini terus berlaku tanpa ada tindakan yang sewajarnya dilakukan.

Mengapa ini semua berlaku ???, pada UA ia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antara faktor utamanya ialah ketidak seriusan pihak pengurusan dalam mencegah kemungkaran dan tindakan disiplin mahasiswa yang melakukan kemaksiatan, kesedaran Amar Ma'ruf Nahi Munkar dalam diri warga KUIS masih kurang, pimpinan mahasiswa yang tidak bersungguh-sungguh dalam Dakwah Islamiah dan sikap pihak atasan yang kurang turun padang dalam hal Nahi Munkar ini. Memang benar untuk kita mencegah kemungkaran dan kemaksiatan agak sukar berbanding kita menyeru kepada kebaikan dan ketaatan.

UA percaya di pihak mahasiswa yang diketuai oleh MPM dan para pensyarah yang mempunyai fikrah Islam telah banyak melakukan dakwah dan Amar ma'ruf Nahi Munkar, pelbagai tindakan, perjumpaan, perancangan dan cadangan telah dilaksanakan bagi mengatasi hal ini, cuma apabila yang diutarakan ke peringkat atasan, ia menerima respon yang kurang dan terkadang senyap sahaja. Hakikatnya, semua pihak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Janganlah kita hanya sibuk menurut kehendak manusia sehinggakan kehendak dan HAK ALLAH SWT kita ketepikan.

Maksud hadis Nabi SAW :
"Barangsiapa melihat kemungkaran maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa), sekiranya tidak mampu cegah dengan lisan, maka sekiranya tidak mampu juga cegah dengan hati, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemah iman".

Kuasa MPM, MPQ, ALAM dan persatuan mahasiswa yang lain terbatas dan hanya dalam ruang lingkup sebagai mahasiswa dalam mencegah kemaksiatan di bumi KUIS ini, begitu jugalah dengan para pensyarah yang istiqamah dalam hal ini. Kita akur kuasa yang tertinggi dalam pentadbiran KUSI adalah lembaga pengarah, Rektor, timbalan rektor, pengarah dan dekan fakulti dan ketua-ketua jabatan. Cuba kita fikirkan, seandainya pihak atasan ini sangat serius dalam hal mencegah kebejatan moral warga KUIS ini, agak-agak ia semakin TERUK ke atau semakin berkurangan ?????. Realitinya, keruntuhan akhlak mahasiswa KUIS semakin TERUK.

Sehubungan itu, UA berpandangan 'tidak boleh tidak' mereka-mereka yang mempunyai kuasa yang tertinggi dalam KUIS (memikul AMANAH yang berat) WAJIB bertindak dan mencari langkah penyelesaian yang lebih tegas terhadap mereka yang terlibat dengan masalah disiplin. Mencegah lebih baik dari mengubat, kita perlu bersama-sama mencegah sebelum ianya parah dan janganlah biah solehah yang selama ini dipertahankan oleh insan-insan yang fikrah ISLAM yang ada ini bertukar kepada biah yang sebaliknya, biah yang Rosak, biah yang menghalalkan yang haram dan biah yang mengutamakan kehendak nafsu berbanding HAK ALLAH SWT. Alangkah sedih dan teruknya keadaan ketika itu kerana biah sudah tidak 'sejiwa' dengan nama = KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.

Maksud firman Allah swt :

“ Telah jelas kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh tangan-tangan Manusia”

(al-Rum : 41)

Program, program juga. Bekerja, bekerja juga. Makan minum, makan minum juga, tetapi masalah atau kerosakan yang berlaku dibawah juga perlu dilihat, diziarahi, diikuti, didengari, dimuhasabahkan dan seterusnya diambil tindakan yang sepatutnya. Nak VISI, MISI dan Objektif KUIS tercapai tak ? Nak tengok best lecturers, students dan facilities tercapai tak?. Jika semua ini ingin dicapai dengan jayanya, usaha yang dilakukan perlulah sesuai dengan matlamatnya. Nak kenyang kena makan, bukan berjoging. Nak ubat sakit mata, takkan minum ubat batuk kan. Kita fikirlah bersama deh.....

Akhirnya, ketahuilah wahai MANUSIA sekalian, UA menulis ni adalah rasa tanggungjawab UA sebagai Mahasiswa KUIS yang ingin melihat biah, mahasiswa, para pensyarah, staf, pihak pengurusan, majlis tertinggi pentadbiran dan lembaga KUIS dipimpin oleh ISLAM dan seterusnya cara berfikir dan gerak kerja serta keputusan tindakan kita sesuai dengan makna Kolej Universiti ISLAM Antarabangsa Selangor (KUIS) itu. Sekali lagi :

"KITA DIMULIAKAN DENGAN ISLAM", maka janganlah mencari kemuliaan dan penyelesaian selain ISLAM (Wahyu ALLAH) kerana jika ini berlaku, kehinaan dan kemurkaan dari ALLAH SWT akan menimpa kita. Anda sayangkan KUIS ???

UA sayangkan KUIS. Lembah ilmu, yang dipenuhi cahaya Ilahi. Nak cahaya Ilahi kekal di KUIS?

Bacalah Doa ini untuk Saudara kita di Palestin & Dunia

Pengalaman Kepimpinan



2002-2005

Madrasah Al-Irsyadiah, Pondok Marakau Ranau Sabah (MAIM)

Ketua Pelajar
Ketua Asrama
Ketua Ibadah

2005
Markaz At-Ta'lim wat Tarbiah, Pondok Bandar Hilir Sik, Kedah

Lajnah Mutholaah

2006-2011
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pengerusi Lajnah Dakwah Jabatan Dakwah
Pengerusi Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Arab
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB)
Presiden Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar (ALAM)
Setiausaha Agung Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar
Ketua Biro Pembangunan Insah Taa'ruf
Ketua Biro Disiplin Taa'ruf
Naqib Usrah Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Exco Akademik PERMIB
Exco Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian peradaban Islam (PMFPPI)



Sahabat Blog